Pecah ATM di pasar raya, ‘kambing’ antara diberkas

Pecah ATM di pasar raya, ‘kambing’ antara diberkas

Dua lelaki termasuk seorang dikenali sebagai “kambing” ditahan selepas disyaki memecah mesin juruwang automatik (ATM) di pasar raya Jalan Segamat-Kuantan, Isnin lalu.

Ketua Polis Johor, Kamarul Zaman Mamat, berkata suspek berusia 30-an dan 20-an itu ditahan dalam serbuan dekat Buloh Kasap, Segamat.

Katanya, suspek lelaki berusia 30-an dikenali sebagai “kambing” dan rakannya ditahan semalam.

“Kedua-dua lelaki ini dipercayai cuba melarikan wang sebanyak RM77,000 dalam kios mesin ATM di dalam premis pasar raya berkenaan,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Kamarul berkata, siasatan awal mendapati suspek berusia 30-an itu memiliki 19 rekod jenayah lampau, berkaitan penyalahgunaan dadah.

Katanya, suspek berusia 20-an pula memiliki 16 rekod jenayah lampau, juga berkaitan kes penyalahgunaan dadah.

“Kedua-dua suspek warga tempatan tidak mempunyai pekerjaan tetap itu baru dibebaskan dari penjara.

“Mereka ditahan reman selama enam hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

Kamarul berkata, tiga pengawal keselamatan pasar raya terbabit yang ditahan bagi membantu siasatan sudah dibebaskan.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat di 07 9312222 atau balai polis berhampiran.

Dalam kejadian 12.15 tengah malam Isnin lalu, ATM di sebuah pasar raya diumpil dan dibakar tapi usaha penjenayah itu gagal. FMT

Pecah ATM di pasar raya, ‘kambing’ antara diberkas


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker