Rahmat Mohamad letak jawatan

Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Rahmat Mohamad meletak jawatan berkuat kuasa 31 Ogos ini.

Menurut kenyataan dari Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang) hari ini, peletakan jawatan itu dibuat secara sukarela.

Kerajaan akan melantik pengerusi sementara dalam masa yang terdekat untuk menjalankan tugas tersebut sehingga pengerusi baru dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.



“Beliau (Rahmat) yang dilantik sebagai Pengerusi Suhakam bagi sesi 2022-2025 telah melaksanakan pelbagai inisiatif dalam gerak kerja Suhakam sebelum ini, termasuklah kejayaan sesi perbahasan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suhakam bagi tahun 2020 di Dewan Rakyat pada 12 hingga 14 Jun 2023 yang lalu,” kata kenyataan itu.

Rahmat pernah dikritik kerana cuba mengheret timbalan setiausaha Suhakam ke mahkamah kerana aduan dalaman rasmi terhadapnya berhubung dakwaan diskriminasi kaum dan salah guna kuasa.

Rahmat bagaimanapun menarik balik saman itu.

Suhakam juga dikritik dibawah teraju Rahmat, dengan pengkritik menyifatkan suruhanjaya itu kurang aktif.



Rahmat menepis dakwaan itu dengan mengatakan suruhanjaya itu banyak bekerja di belakang tabir.

Rahmat yang sebelum ini merupakan pakar perundangan dan hak asasi manusia dari sebuah universiti tempatan dilantik sebagai pengerusi Suhakam sewaktu pentadbiran Ismail Sabri.

Dia kini merupakan Pengerusi Lembaga Penasihat Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC Advisory Board) bagi sesi 2023-2025 melalui pelantikan yang telah dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said, pada 23 Ogos 2023.

Rahmat mempunyai latar belakang dalam bidang Perundangan Antarabangsa serta berpengalaman sebagai setiausaha agung yang kelima bagi Asian African Legal Consultative Organization (AALCO).



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Azhar Idrus hentam Abang Tesla



Jangan jolok sarang tebuan – Puteri Sarah

Termuntah tengok video Abang Tesla – Ridhuan Tee



Diana Danielle jawab isu ‘buat’ hidung

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker