Datin Shahida – Bukan Kami Yang Bantu, Tapi Anda Semua… [VIDEO]

Datin Shahida – Bukan Kami Yang Bantu, Tapi Anda Semua… [VIDEO]

Datin Shahida - Bukan Kami Yang Bantu, Tapi Anda Semua… [VIDEO]

Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida menitipkan rasa syukur di atas sokongan orang ramai yang membuatkan mereka mampu untuk memberikan sumbangan kepada keluarga pelakon, Norish Karman, semalam.

Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, dapat dilihat Norish Karman dan anak-anaknya sedang menangis berpelukan bersama selepas diberikan sumbangan oleh Aliff dan isterinya itu.

Tambah Shahida, para netizen di media sosial yang telah membantu dengan membeli produk mereka, sekaligus telah membantu keluarga Norish Karman.

“Mama penat la dengan Papa ni memaksa maksa pulak. Bagi la keluarga kak Norish menikmati saat saat ini. Apa pun syukur ya Allah. Macam yang mama cakap sebelum ni, bukan kami yang bantu tapi anda semua,

korang semua yang support beli barang Papa dengan Mama sekaligus membantu keluarga Kak Norish. Terima kasih rakyat Malaysia. Hati anda semua baik baik belaka.”-tulis Datin Shahida di Instagram

“Terima Kasih Datuk & Datin Banyak Sangat Bantu..”

Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Aliff dan Shahida yang tampil membantu pihak yang berada dalam kesusahan, malah ramai yang menitipkan doa agar Norish Karman diberikan kesembuhan dengan cepat.

“MasyaAllah Tabarakallah ❤️ Moga Allah SWT balas segala kebaikan dato dan datin. Moga Allah Luas luas luas kan rezeki dato dan datin 🕊️🕊️ Moga keluarga kak Norish Selalu dalam kebaikan, jagaan, rahmat dan kasih sayang Allah SWT 🤲🏻.”

“Terima kasih dato dan datin banyak sangat bantu. Semoga terus kaya raya mega terpelanting dan beri manfaat terus❤️❤️❤️.”

“Moga Allah luaskan rezeki Dato n Family, tolong orang yang amat memerlukan, Allah saja balasan jasa kalian, ❤️ Luaskan rezeki mereka Ya Allah sebagai mana KAU luaskan rezeki orang-orang yang beriman 🤲🤲🤲😭.”

“Semoga diberi kesembuhan buat Kak Norish Karman. Diberikan kelapangan buat anak anak ❤️.”

Terdahulu, anak kepada Norish iaitu Manda memuatnaik foto ibunya terlantar di katil hospital menerusi akaun Threads milik Norish.

Datin Shahida – Bukan Kami Yang Bantu, Tapi Anda Semua… [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Perlekeh Keadaan Semasa, Simpati Nasib Rakyat – Mohd Razlan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker