Kebun haram Musang King, siasatan SPRM sudah lengkap 80 peratus

Kebun haram Musang King, siasatan SPRM sudah lengkap 80 peratus. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam proses melengkapkan siasatan berhubung isu pencerobohan tanah kerajaan negeri Pahang yang dijadikan ladang durian secara haram di Raub.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya telah memanggil peneroka dan pihak berkuasa berkaitan untuk dirakam keterangan.

“Kita harus faham, isu ini ada dua. Pertama, berbangkit ketidakpuasan hati masyarakat dalam kes berkenaan dan SPRM tidak boleh campur tangan kerana ia melibatkan siasatan pihak berkuasa lain.

“Kedua, isu rasuah. Di sini kita telah buka fail siasatan untuk tindakan lanjut. Beri kami masa dan kerana kes yang berlaku ini bukanlah kes baharu, ia kes yang sudah lama berlaku,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Bekalan musang king Raub tidak terjejas

Azam berkata, jika ada pihak yang mendakwa berlakunya rasuah berkenaan isu pencerobohan itu, sila tampil kepada SPRM dan usah membuat sebarang spekulasi tanpa mengetahui perkara sebenar.

“Kita juga telah dapatkan maklumat daripada jabatan hutan dan pejabat tanah daerah kerana ia adalah kes yang telah lama berlaku.

“Setakat ini siasatan sudah 80 peratus. Beri kita sedikit masa untuk kita selesaikannya,” katanya.

Pada 1 Ogos tahun lalu, kerajaan Pahang mula bertindak tegas dalam menangani kegiatan pengusaha kebun durian di Raub yang diusahakan secara haram di atas tanah kerajaan negeri.

Tindakan itu dilakukan berikutan kerajaan negeri mengalami kerugian kira-kira RM30 juta dalam tempoh 10 tahun akibat kehilangan hasil cukai tanah daripada kebun haram termasuk di kawasan hutan simpan.

Antara kawasan dusun durian di Raub yang terbabit ialah Hutan Simpan Gunung Benom, sekitar Sungai Ruan, Sungai Chalit serta Tranum dan Tras.

Kebun haram Musang King, siasatan SPRM sudah lengkap 80 peratus


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Hanya dua cara PM baharu boleh dilantik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker