Risiko cetus murka halang rampasan kuasa

Risiko cetus murka halang rampasan kuasa

Risiko mencetuskan kemurkaan raja akan menghalang sekumpulan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang dikatakan terlibat dalam komplot dengan Perikatan Nasional (PN) untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Seorang pemimpin BN yang enggan dinamakan berkata, perancang komplot itu akan berhati-hati berikutan titah Sultan Johor berhubung keperluan mengekalkan kestabilan politik.



“Ingat, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sudah memberi amaran kerana Johor akan menjadi Yang di-Pertuan Agong seterusnya,” katanya.

Rabu lalu, Sultan Ibrahim bertitah “sudah-sudahlah” berikutan laporan 10 Ahli Parlimen BN berhasrat memaksa pilihan raya kecil diadakan dengan meninggalkan parti itu. Mereka semua sebelum ini menyokong Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin selepas PRU 2022.

Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Faiz Na’aman mencetuskan spekulasi dengan hantaran berbunyi: “Sudah 126…jika benar, alhamdulillah.”

Sumber BN itu berkata, dakwaan 126 Ahli Parlimen menyokong pembangkang tidak berasas.



Katanya, PN juga perlu meyakinkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk menyokong mereka, selain BN. GPS mempunyai 23 kerusi, BN (30) dan PN (74).

Majoriti mudah 112 kerusi Dewan Rakyat diperlukan untuk membentuk kerajaan.

“Persoalannya ialah sama ada GPS akan menyokong PN adalah tanggapan yang kami rasa tidak logik. Rakyat Sarawak tidak akan bersetuju dengan GPS,” kata sumber itu sambil menambah GPS mendapat manfaat besar sejak Anwar menjadi perdana menteri.

Rabu lalu, sumber memberitahu FMT, Istana Negara tidak akan melayan sebarang dakwaan berhubung Anwar hilang sokongan majoriti di Dewan Rakyat.



Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, sebelum ini bertitah baginda tidak berhasrat terlibat dalam politik dan menyeru ahli politik menerima keputusan PRU. FMT

Risiko cetus murka halang rampasan kuasa

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Puteri Sarah dah macam Ira Kazar pulak

Jasmine dedah fantasi sebenarnya



ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker