Ada Khairy dalam PH pun tak menambah
Ada Khairy dalam PH pun tak menambah
Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Sembilan, Datuk MK Ibrahim Abd Rahman percaya kehadiran Khairy Jamaluddin dalam Pakatan Harapan (PH) sekiranya diterima tidak banyak membantu terutama dalam menambah sokongan.
Sebaliknya, beliau berkata sekiranya bekas Ketua Pemuda UMNO yang juga bekas Ahli parlimen Rembau itu diterima ia berisiko untuk meletakkan PH dalam keadaan bahaya.
Mengulas lanjut, katanya, PH perlu mengambil kira perasaan dan sentimen rakan dari parti gabungan itu sekiranya mahu menerima Khairy menyertai PH.
Selain itu, beliau percaya sentimen rakan dalam Kerajaan Perpaduan iaitu Barisan Nasional (BN) sendiri serta ahli akar umbi PH juga perlu diambil kira sama ada mereka mahu atau tidak Khairy menyertai PH.
“Secara peribadi, saya melihat kemasukan KJ (Khairy) sekiranya diterima pimpinan PH tidak akan menambah banyak sokongan sebaliknya meletakkan PH dalam bahaya.
“KJ bukanlah ‘party man’ (orang parti), tetapi beliau seorang populis dan sudah pasti kemasukannya sekadar untuk mencari populariti,” katanya ketika dihubungi.
Khairy sebelum ini mengaku sudah dihubungi Perikatan Nasional (PN) serta PH berhubung kemungkinan untuk beliau menyertai gabungan berkenaan selepas dipecat daripada UMNO pada Jumaat lalu.
Bagaimanapun, beliau enggan membuat keputusan terburu-buru, sebaliknya mahu mengambil masa selama beberapa minggu atau hingga dua tiga bulan sebelum menentukan sama ada memasuki parti sedia ada, menubuhkan parti baharu atau berehat daripada politik untuk seketika.
MK Ibrahim bagaimanapun mengakui jika Khairy menyertai Perikatan Nasional (PN) khususnya di Negeri Sembilan, PH dan BN mungkin berdepan saingan sengit untuk mengekalkan kerajaan ini.
Justeru, beliau berpendapat PH perlu bersedia mengatur tindakan dan strategi.
Dalam perkembangan berasingan, MK Ibrahim berkata AMANAH mengharapkan bilangan kerusi sebanyak mungkin untuk menempatkan wakilnya dalam pilihan raya negeri (PRN) nanti, namun ia terpulang kepada kebijaksanaan pimpinan Pusat, terutama dengan PH kini sudah bersama BN dalam Kerajaan Perpaduan.
“Soal calon bagi parti AMANAH juga belum diputuskan bukan sahaja di Negeri Sembilan, sebaliknya negeri lain juga.
“Jawatankuasa pemilihan parti akan memilih calon yang layak tidak lama lagi,” katanya. BH
Ada Khairy dalam PH pun tak menambah
Baca Artikel Menarik:
- Keterangan Zeti bagi kes 1MDB masih ditunggu-tunggu
- Wanita jelita berhati iblis
- Buat apa malu-malu nak ambil gaji
- Kongsi gelap bertopeng NGO
- Sharnaaz Marah Dengan Pelakon ‘Merenyam’
- PN menang di Selangor, Azmin dijangka kembali menjadi Menteri Besar
- Istiadat kurniaan pingat Wilayah Persekutuan terakhir disempurnakan Agong
- Mat Sabu kini bergelar Datuk Seri
- Orang beri kontrak pada anak, menantu kini cakap tentang ketelusan – Anwar
- Saya perlu menyelamat Umno daripada musuh dalam parti – Zahid
- Lelaki kurang siuman maut di Masjid Pulau Melaka, ini puncanya
- Jaafar Jackson lakonkan watak Michael Jackson
- Pathaan pecah panggung walau ada usaha diboikot
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.