Pekerja pembersihan maut selepas terperosok di bawah Alza

Pekerja pembersihan maut selepas terperosok di bawah Alza

SEORANG pekerja pembersihan maut dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dalam satu kejadian di persimpangan Jalan Wawasan 2/7 dekat Bandar Baru Ampang, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, kemalangan maut itu berlaku kira-kira pukul 11 pagi, ketika mangsa sedang berjalan kaki.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu Alza melakukan pusingan U dari Jalan Wawasan 2/4 menuju ke Jalan Wawasan 2/7 sebelum terlanggar mangsa yang sedang melintas jalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan disebabkan oleh kecuaian pemandu Alza yang gagal memastikan lalu lintas adalah selamat sebelum membuat pusingan U.

Perlanggaran tersebut telah menyebabkan mangsa terperosok di bawah Perodua Alza dan mengalami kecederaan parah di kepala.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Sehubungan itu, Mohamad Farouk meminta saksi kemalangan terbabit untuk tampil menyalurkan maklumat dan boleh menghubungi dengan Pegawai Penyiasat Trafik IPD Ampang Jaya Inspektor Nur Nadzirah Abdul Rahim di talian 012-4401093. Utv

Pekerja pembersihan maut selepas terperosok di bawah Alza


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun

Mawar Karim Akui Sedang Bercinta

Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker