Amalkan kelestarian demi generasi akan datang – Ismail

Amalkan kelestarian demi generasi akan datang – Ismail

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru semua pihak bersama-sama menggembleng tenaga dan menyumbang masa membudayakan amalan kelestarian demi kelangsungan generasi akan datang.

Menurut Perdana Menteri, amalan seperti menghindari penggunaan plastik sekali guna dan penjimatan sumber tenaga perlu dijadikan kebiasaan dalam kehidupan.

“Saya mendoakan agar seluruh Keluarga Malaysia terus bersemangat memainkan peranan dan memikul tanggungjawab bagi mewariskan Malaysia yang lestari kepada generasi akan datang,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian dalam catatan di Facebook miliknya sempena sambutan Hari Bumi sedunia bertemakan “Invest In Our Planet” yang disambut hari ini.

Ismail Sabri turut mengajak sektor swasta dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) memainkan peranan dalam usaha melestarikan alam sekitar.

Katanya, sejajar dengan Fokus Kelapan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) iaitu Mempercepatkan Pertumbuhan Hijau, pembangunan ekonomi tidak harus menjejaskan alam sekitar, manakala liputan kawasan hijau perlu dipertahankan.

Jelas Perdana Menteri, usaha untuk mempercepatkan pertumbuhan hijau, mempertingkatkan kemampanan tenaga dan mentransformasikan sektor air, harus kekal menjadi teras pembangunan sosioekonomi negara.

Justeru, beliau berkata kerajaan akan terus memenuhi komitmen mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah hijau (GHG) sehingga 45 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2030, berdasarkan intensiti pelepasan 2005, selari dengan aspirasi menjadikan Malaysia sebagai negara rendah karbon.

“Saya sedar ini memerlukan usaha yang bersepadu serta komitmen dan pelaburan hijau yang tinggi.

“Namun, saya yakin dengan penglibatan Keluarga Malaysia, komitmen ini akan memastikan Malaysia seiring dengan usaha negara lain untuk mencapai matlamat global dalam menangani perubahan iklim dan meningkatkan daya saing negara,” ujarnya.

Sambutan Hari Bumi tahun ini bertemakan ‘Invest in Our Planet’.

Hari Bumi Sedunia diperkenalkan sejak 1970 sebagai usaha manusia sejagat menghargai bumi, menyemai rasa tanggungjawab dan meningkatkan kesedaran untuk melindungi bumi dan alam sekitar.
Utv

Amalkan kelestarian demi generasi akan datang – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun

Mawar Karim Akui Sedang Bercinta

Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker