Kos haji naik antara RM1,000 dan RM3,000

KUALA LUMPUR- Bakal jemaah haji perlu menanggung kenaikan bayaran secara bersasar antara RM1,000 dan RM3,000 bergantung kepada latar belakang pendapatan masing-masing bagi mengerjakan ibadah itu pada tahun ini.

Pengarah Urusan Kumpulan TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata, kenaikan itu tidak dapat dielakkan berikutan peningkatan beberapa kos termasuk inflasi, pelaksanaan cukai tambah nilai (VAT) selain caj visa dan perlindungan Covid-19.

“Susulan itu, TH akan meneruskan bantuan kewangan haji secara bersasar tahun ini bagi memastikan manfaat bantuan dapat dirasai sepenuhnya oleh golongan yang paling memerlukan.



“Berikutan pelaksanaan bantuan bersasar itu, kadar haji untuk seorang jemaah Muassasah B40 ialah sebanyak RM10,980 iaitu peningkatan hanya RM1,000 seorang.

“Manakala jemaah Muassasah dalam kategori bukan B40 ialah sebanyak RM12,980 seorang iaitu peningkatan RM3,000,” katanya pada Majlis Pengumuman Penting Haji di Menara TH di sini tadi.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura



Menantu baru tak bangsat – Chef Wan

Chef Ammar dakwa gerainya ditutup kerana disihir



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker