Kastam lepaskan tembakan sebelum pemandu lori ditahan polis

Kastam lepaskan tembakan sebelum pemandu lori ditahan polis

SEORANG pemandu lori ditahan di Susur Tol Lima Kedai selepas berlaku kejar-mengejar sejauh 20 kilometer dengan polis dan kastam di Jalan Danga Bay, petang semalam.

Ketua Polis Johor, Asisten Komisioner Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pegawai kastam meminta bantuan bagi menahan sebuah lori disyaki membawa muatan tidak bercukai kira-kira pukul 1.12 petang semalam.



“Tiga unit kenderaan peronda serba guna (MPV) Iskandar Puteri telah dikerahkan ke lokasi dan pemandu lori telah melanggar salah sebuah MPV sehingga berlaku kerosakan di bahagian belakang,” katanya dan menambah tiada sebarang kecederaan dilaporkan susulan kejadian tersebut.

Beliau berkata, suspek seorang lelaki berbangsa Cina berusia lingkungan 40 tahun telah ditahan selepas beberapa das tembakan dilepaskan oleh pihak kastam.

MPV polis yang rosak dilanggar pemandu lori yang cuba melarikan diri.
“Polis merampas sebuah lori dengan muatan minuman keras dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 135 (1) (E) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, semakan terhadap pemandu lori tersebut turut mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau melibatkan jenayah dan dadah.



“Suspek direman selama 10 hari bermula hari ini sehingga 1 Mei bagi tindakan lanjut,” ujarnya.

Kata Kamarul Zaman, pihaknya akan bekerjasama dengan jabatan kastam dalam memastikan ahli sindiket penyeludupan termasuk beberapa kumpulan tonto dibanteras kerana telah mengancam keselamatan dan mencabar pihak berkuasa dalam melaksanakan tugas.

Sehubungan itu, pihak yang mempunyai maklumat boleh membantu siasatan dengan mengubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nur Fakhira Mat Radzi di talian 017-212 3370 atau ke balai polis berhampiran. Utv

Kastam lepaskan tembakan sebelum pemandu lori ditahan polis




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun



Mawar Karim Akui Sedang Bercinta

Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker