Ombak dua meter hempas benteng pantai

Ombak dua meter hempas benteng pantai

KOTA BHARU – Seorang nelayan yang tinggal di Kampung Pulau Kundur, Kuala Besar di sini berdepan detik cemas apabila ombak setinggi dua meter melepasi benteng penghadang sebelum menghempas kawasan berhampiran rumahnya semalam.

Nik Abdul Aziz Mamat, 67, berkata, dia yang terkejut dengan keadaan itu terus menyuruh isteri dan tiga anaknya mengemas segala kelengkapan dan dokumen penting untuk diletakkan di tempat yang lebih tinggi.



Menurutnya, kejadian itu merupakan fenomena yang sering terjadi di kampung berkenaan sekali gus menjadi satu petanda amaran kepada penduduk agar sentiasa bersiap-sedia dengan segala kemungkinan.

“Fenomena itu boleh berlakun dengan lebih dasyat apabila ombak boleh melepasi atap rumah sekiranya cuaca hujan lebat ditambah dengan ribut.

“Kebiasaannya, dapur rumah merupakan antara bahagian awal yang dimasuki sekiranya air pasang. Penduduk kampunh bersyukur apabila air pasang mulai surut pada pukul 10 malam tadi,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Terdahulu. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), hari ini menjangkakan hujan lebat melanda beberapa kawasan di negeri Pantai Timur dan keadaan itu berkemungkinan akan terus berlarutan.



MetMalaysia turut mengeluarkan amaran cuaca buruk (peringkat jingga) dan amaran cuaca waspada (peringkat kuning) untuk beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu. K Online

Ombak dua meter hempas benteng pantai


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

‘Mejar Shuhada’ perdaya mangsa, liwat mangsa lelaki



Aksi Polis Serbu Geng Motosikal Di Stesen Minyak (video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker