Kerajaan tiada wang banyak bantu rakyat, naik taraf boleh pulak?

Kerajaan tiada wang banyak bantu rakyat, naik taraf boleh pulak?

Saya difahamkan bahawa projek pengubahsuaian dan naik taraf Seri Perdana iaitu kediaman rasmi Perdana Menteri diluluskan dan bermula pada bulan Mac 2021 di bawah kerajaan PM8 – bukan PM9.

Nilai asal keseluruhan projek adalah RM38.5 juta (bukan RM30 juta seperti dilapor media) dan dijangka siap pada 7 Disember 2021.



Walaupun saya mengaku Seri Perdana dah lama tidak diubah suai secara besar-besaran sejak dibina tapi pada ingatan saya keadaan di Seri Perdana masih elok masih saya tinggalkannya pada bulan Mei 2018.

Apapun, wang sebanyak RM38.5 juta tidak patut dibelanjakan untuk tujuan ini pada zaman pandemik sebab ianya tidak sensitif kepada Rakyat yang sedang merayu untuk lebih banyak bantuan disalurkan akibat PKP bersambung PKP.

Lebih-lebih lagi sebab ianya dibelanjakan pada ketika PM8 sendiri kata kerajaan dah tak ada banyak wang lagi setelah kerajaan PN dahulu berbelanja RM600 bilion.

(Mungkin yang dimaksudkan dia ialah kerajaan dah tak ada banyak wang lagi bagi bantuan Rakyat tapi masih ada wang untuk
kerja ubah suai rumah PM)



Malah kos ubah suai sebanyak RM38.5 juta ini adalah jauh lebih tinggi bandingkan kos pembinaan RM24.17 juta pada tahun 2000.
NAJIB RAZAK

Kerajaan tiada wang banyak bantu rakyat, naik taraf boleh pulak?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Buat kerja, jangan bagi alasan – Tok Mat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker