Wanita tersilap ‘FaceTime’ suami ketika bersetubuh dengan kekasih dibelasah

Wanita tersilap ‘FaceTime’ suami ketika bersetubuh dengan kekasih dibelasah

HARRISBURG, Pennsylvania – Seorang lelaki bertindak membelasah isterinya sehingga ‘separuh mati’ selepas menerima panggilan video aplikasi FaceTime daripada wanita itu yang sedang melakukan hubungan intim dengan lelaki lain, lapor portal berita MailOnline, semalam.

Suspek, William Atkinson, 34, mendakwa menerima panggilan video itu secara tidak sengaja ketika isterinya melakukan hubungan intim di dalam sebuah kereta berhadapan motel murah di daerah Somerset.

Sebaik sahaja menerima panggilan itu, Atkinson bersama seorang rakannya terus menuju ke lokasi di mana isterinya sedang berada untuk berdepan dengan pasangan kekasih itu.

Atkinson bertindak di luar kawalan apabila membelasah isteri dan kekasihnya dengan menumbuk, menyepak dan mencekik kedua-dua mangsa.

Menurut laporan polis, kekasih wanita itu bagaimanapun sempat melarikan diri.

Saksi kejadian yang bertanggungjawab menghubungi pihak polis mendakwa mendengar bunyi tembakan dilepaskan tetapi tiada sebarang peluru ditemukan di lokasi insiden.

Tiada sebarang kenyataan diterima daripada isteri Atkinson yang tidak sedarkan diri dengan darah mengalir dari hidung, telinga dan mukanya akibat dibelasah.

Atkinson kini ditahan di penjara daerah sebagai ganti ikat jamin berjumlah AS$30,000 (RM125,550) yang gagal dibayar dan dijadualkan untuk perbicaraan pada minggu hadapan. – Agensi

Wanita tersilap ‘FaceTime’ suami ketika bersetubuh dengan kekasih dibelasah


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Polis siasat kes Toyota Alphard P45 langgar peraturan lalu lintas

Daphne Iking cantik berhijab, netizen doakan semoga terus istiqamah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker