Gagal bawa calon isteri pulang ketika beraya, anak mohon keampunan

 

Eko menulis permintaan maaf kepada bapa dan ibunya dengan menggunakan kadbod kerana gagal membawa calon isteri sempena Hari Raya Aidilfitri. – Trimbun Lampung

Seorang pemuda  dikenali sebagai Eko mahu meminta maaf kepada ibu dan bapanya kerana gagal untuk membawa calon isteri ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini, lapor portal berita Kompas hari ini.

Eko yang menaiki sebuah motosikal melalui Pelabuhan Bakauheni semalam. Katanya,  dia pada mulanya berharap dapat membawa calon isteri tetapi ternyata belum dapat melakukannya.

Sehubungan itu, dia menulis permintaan maaf kepada bapa dan ibunya di atas kadbod dan diletakkan pada motosikalnya. Mesej itu memberitahu bahawa dia gagal mendapatkan calon isteri.



“Pak, Buk, Maaf anakmu pulang cuma bawa Khong Guan (biskut). Belum bisa bawa menantu idaman,” tulisnya pada sebuah kadbod.

Eko yang berusia 29 tahun berkata, ibu bapanya berharap dia dapat mengakhiri zaman bujangnya.

Tulisan itu juga menjadi hiburan kepada warga Indonesia yang mahu pulang ke kampung halaman bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri. – Agensi

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa Ogy tampar Tya Ariffin?



Ibu maafkan kau Sol, tapi….

Amelia sertai Miss Universe Malaysia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker