Kebuluran cengkam Gaza

Kebuluran cengkam Gaza

Perang Israel-Palestin yang semakin mengganas di Gaza memaksa agensi bantuan mengeluarkan amaran risiko kebuluran yang semakin meluas, tatakala rundingan gencatan senjata baharu di Kaherah, termasuk pembebasan tebusan.

Rumah Putih menghantar utusan Asia Barat, Brett McGurk, untuk rundingan baharu membabitkan pengantara dan Hamas, sehari selepas resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang menuntut gencatan senjata Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa veto.



McGurk yang juga penyelaras Rumah Putih untuk Asia Barat dan Afrika Utara, berada di Mesir sebagai sebahagian daripada usaha untuk meneruskan perbincangan perjanjian tebusan, sebelum menuju ke Israel hari ini.

Menurut Hamas, ketuanya, Ismail Haniyeh, sudah berada di Kaherah untuk perbincangan.

Anggota Kabinet perang Israel, Benny Gantz, berkata terdapat usaha untuk megusulkan rancangan baharu bagi pembebasan tebusan.

Beliau berkata operasi di Rafah akan dimulakan selepas ‘pemindahan penduduk’ walaupun kerajaan belum memberikan butiran lanjut mengenai rancangan mereka.



“Kami melihat tanda-tanda pertama yang menunjukkan kemungkinan kemajuan ke arah ini,” katanya.

Kebimbangan global meningkat mengenai jumlah kematian orang awam yang tinggi dan krisis kemanusiaan yang semakin memburuk dalam perang Israel-Palestin yang meletus pada 7 Oktober lalu.

Pertempuran dan keadaan porak-peranda sekali lagi menghalang penghantaran bantuan secara meluas untuk orang awam yang terdesak di Gaza.

Dengan keadaan di Gaza yang semakin teruk, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran 2.4 juta penduduk di wilayah itu bakal diancam kebuluran serius.



Mengikut Program Makanan Sedunia (WFP) PBB, krisis di wilayah itu memaksa pihaknya menghentikan penghantaran bantuan ke utara Gaza kerana ‘kekacauan dan keganasan yang menggila’.

Menurut Kementerian Kesihatan di wilayah kendalian Hamas, lebih banyak serangan Israel terus menyasarkan Gaza, dengan 118 orang terbunuh dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sebanyak 29,313 mangsa.

Kebimbangan tertumpu di bandar Rafah yang sesak di mana 1.4 juta orang kini tinggal di tempat perlindungan yang padat dan khemah sementara kerana khuatir kawasan itu akan diserang oleh Pasukan Pertahanan Israel (IDF).

Selepas serangan baharu semalam, kelihatan penduduk Palestin di Rafah menggali lebih banyak kubur dan membawa mayat menggunakan pedati diarik keldai.



Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menegaskan tenteranya akan terus berperang sehingga Hamas benar-benar terhapus dan membebaskan baki 130 tebusan yang mana kira-kira 30 daripada mereka dipercayai sudah mati.

Parlimen Israel semalam menyokong menyokong cadangan Netanyahu yang menentang sebarang ‘pengiktirafan unilateral negara Palestin’.

Sementara itu, Doktor Tanpa Sempadan (MSF) mendedahkan sebuah kereta kebal Israel membedil sebuah rumah yang melindungi pekerjanya dan keluarga mereka di kawasan Al-Mawasi dekat pantai Gaza.

Bedilan membunuh isteri dan menantu seorang kakitangan selain mencederakan enam yang lain. Bedilan lain turut memusnahkan bangunan MSF di mana 64 orang sedang berlindung dalam premis berkenaan.



Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggelarkan situasi di Gaza sebagai tidak berperikemanusiaan’ kerana wilayah itu sudah menjadi ‘zon kematian’. BH

Kebuluran cengkam Gaza

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Rindu slogan ‘Najib turun, ringgit naik’ – Akmal

Emma difitnah bertukar pasangan untuk seks

Marissa tanpa mekap dilabel ‘Muka Awam’

Ali Puteh bayar duit Hidayah, jumpa Hamzah lepas 4 tahun

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker