4 polis cedera dilibas pesakit mental positif dadah

4 polis cedera dilibas pesakit mental positif dadah

Empat anggota dan pegawai polis cedera akibat dilibas dengan parang dan kerambit oleh seorang lelaki yang mengamuk dalam pergelutan di Kampung Sedar, Tumpat, Kelantan, malam kelmarin.

Dalam kejadian 8.30 malam, seorang daripada mangsa menerima lapan jahitan di lengan kanan, sementara seorang mangsa lain mengalami luka sepanjang 9cm di belakang kepala.



Manakala itu, dua lagi mangsa cedera ringan di belakang badan dan tangan.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Mohd Azmir Damiri berkata, semua mangsa berusia yang 20-an hingga 30-an itu bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat.

“Polis sebelum itu menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian seorang lelaki dipercayai mengalami sakit mental mengamuk, lalu pegawai serta anggota terbabit bergegas ke lokasi.

“Semasa proses tangkapan dibuat, suspek yang bersenjata sebilah parang dan kerambit bertindak agresif sebelum berlaku pergelutan.



“Dalam pergelutan itu, semua mangsa mengalami kecederaan selepas dilibas suspek yang berada bawah pengaruh dadah,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Azmir berkata, suspek berjaya ditahan dan pihaknya merampas sebilah parang berukuran 0.6m serta sebilah kerambit sepanjang 7cm.

Menurutnya, saringan ujian air kencing mendapati suspek yang memiliki kad pesakit mental itu positif dadah jenis Methampethamine.

“Semakan juga mendapati suspek memiliki satu rekod jenayah bawah Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan (KK) kerana mencuri kenderaan.



“Lelaki itu direman empat hari bermula semalam untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 353 KK serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958,” katanya. FMT

4 polis cedera dilibas pesakit mental positif dadah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Penyanyi Tersohor Negara Datuk Sheila Majid Sambut Menantu Sulung [VIDEO]

Doktor ‘cabut lari’ selepas pelanggan sukar buka rahang



Sanusi serang UMNO setiap hari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker