Sari lebih penting dari anak

Sari lebih penting dari anak

Umpama tidak berakal, seorang ibu di India tergamak menggadai nyawa anaknya semata-mata mahu mengambil sari yang jatuh di tingkat bawah rumah mereka.

Satu rakaman video tular menunjukkan kanak-kanak itu berpaut pada cadar dari balkoni tingkat 10 untuk mengambil sari yang jatuh di tingkat sembilan pangsapuri di Faridabad, India.



Insiden itu dirakam penduduk yang tinggal bertentangan bangunan diduduki anak beranak itu.

Menurut laporan, wanita itu mengikat anak lelakinya itu dengan cadar untuk mengambil sarinya.

Video yang diulang kongsi pegawai polis, Dipanshu Kabra di Twitter menunjukkan kanak-kanak itu berpaut pada cadar manakala ibunya dan ahli keluarga lain menariknya ke atas.

Tindakan mereka itu dikecam dan menjadi kemarahan warganet kerana membahayakan nyawa kanak-kanak itu.



Jirannya berkata, wanita itu tidak meminta bantuan atau nasihat sesiapa untuk mendapatkan kembali sarinya yang terjatuh di balkoni sebuah rumah yang berkunci.

“Dia sepatutnya berhubung dengan kakitangan penyelenggaraan daripada membahayakan nyawa anaknya sendiri,” katanya. HM

Sari lebih penting dari anak


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penyanyi Tersohor Negara Datuk Sheila Majid Sambut Menantu Sulung [VIDEO]

Doktor ‘cabut lari’ selepas pelanggan sukar buka rahang



Sanusi serang UMNO setiap hari



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker