Bentley warna warni bakal dijual pada harga RM2.27 juta

Bentley warna warni bakal dijual pada harga RM2.27 juta

LONDON – Sebuah kereta Bentley edisi khas yang direka dengan kerjasama artis terkenal, Sir Peter Blake dijangka akan dijual pada harga £400,000 (RM2.27 juta), lapor akhbar Daily Mail, kelmarin.

Sir Peter Blake terkenal kerana telah mencipta reka bentuk kulit album Sgt. Pepper’s Lonely Hearts Club Band 1997 yang dikeluarkan oleh kumpulan muzik rock Britain, The Beatles.

Pada 2016, Sir Peter beralih kepada mencipta reka bentuk kereta Bentley yang berwarna-warni, Continental GT V8 S Convertible yang telah dibeli dengan harga £250,000 (RM1.42 juta).

Harga kereta tersebut kini boleh mencecah dua kali ganda apabila dijual di syarikat pelelong Bonhams pada 3 Mac akan datang.

Ia disembur dengan warna-warna yang terang dengan satu lukisan hati berwarna merah dilukis diatas bonetnya yang berwarna kuning.

Tandatangan pereka itu dilakar pada ruang papan pemuka (glove board) dan di kusyen kepala pada setiap tempat duduk.

Kereta itu mempunyai enjin 552 kuasa kuda dengan kelajuan tertinggi 321.87 kilometer per jam. Ia direka dengan pemanduan hanya 1,287.48 kilometer dalam satu jam. K Online

Bentley warna warni bakal dijual pada harga RM2.27 juta


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penyanyi Tersohor Negara Datuk Sheila Majid Sambut Menantu Sulung [VIDEO]

Doktor ‘cabut lari’ selepas pelanggan sukar buka rahang

Sanusi serang UMNO setiap hari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker