2 beradik maut bukan kerana lapar – Jiran

2 beradik maut bukan kerana lapar – Jiran

LANGKAWI: Jiran kepada dua beradik warga Myanmar yang maut selepas memakan sisa makanan dalam tong sampah di Kampung Baru Sungai Tepa, Bukit Malut, di sini petang kelmarin, sukar mempercayai kematian mangsa adalah kerana mereka lapar.

Hanya mahu dikenali sebagai Pak Su Kasim, 42, jiran itu percaya kejadian malang berkenaan adalah kerana tiada pengawasan keluarga.

“Saya percaya ia bukan kerana mereka lapar. Jiran sering beri mereka makan dan minuman, malah badan mereka agak gempal. Saya sendiri hampir setiap hari beri mereka wang belanja, sesekali beri kuih untuk mereka alas perut,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Katanya, dua beradik lelaki itu sebenarnya hidup terbiar dan sering kelihatan berkeliaran serta bermain berhampiran tong sampah besar yang letaknya cuma kira-kira 20 meter di hadapan rumahnya.

“Memang agak musykil dengan kejadian itu, saya tidak pernah lihat mereka menyelongkar tong sampah itu dan yakin kejadian ini bukan kerana mereka lapar. Saya pun tak pasti sisa makanan dimakan mereka kerana tong sampah sama turut diselongkar monyet liar, tetapi kami tidak pernah lihat bangkai monyet di kawasan ini,” katanya.

Katanya, makan minum dan tempat tinggal kanak-kanak itu adalah atas ihsan jiran yang prihatin serta kasihan melihat keadaan mereka yang terabai.

Pak Su Kasim yang menetap di kawasan itu lebih 20 tahun, berkata dua beradik terbabit dan bapa mereka adalah orang baharu yang tinggal di kawasan berkenaan, hidup merempat dengan menumpang rumah penduduk, manakala ibu kanak-kanak itu telah lama menghilangkan diri.

“Saya dan isteri tak boleh tidur malam tadi mengenangkan penderitaan dua kanak-kanak itu yang berhadapan saat kematian yang tidak disangka seperti itu,” katanya menambah, dia dan isteri juga pernah menyatakan hasrat untuk mengambil dua beradik itu sebagai anak angkat, tetapi tidak direstui bapa mereka.

Mangsa dikenali sebagai Nizambudin Jamaludin, 4, dan adiknya, Ngei, 2, dilaporkan meninggal dunia di rumah jiran berhampiran tong sampah berkenaan pada jam 5.40 petang semalam.

Terdahulu, bapa mereka menemui dua anaknya itu di kawasan berhampiran tong sampah dalam keadaan terhuyung-hayang dan mulut berbuih sebelum dibawa ke rumah jiran. BH

2 beradik maut bukan kerana lapar – Jiran


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penyanyi Tersohor Negara Datuk Sheila Majid Sambut Menantu Sulung [VIDEO]

Doktor ‘cabut lari’ selepas pelanggan sukar buka rahang

Sanusi serang UMNO setiap hari

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker