Rahsia Bulan Dan Matahari Di Dalam Surah Yassin Rupanya Ada Kaitan Dengan Darah Haid?

Rahsia Bulan Dan Matahari Di Dalam Surah Yassin Rupanya Ada Kaitan Dengan Darah Haid?

Bermula dari ayat 37 hingga 40 diceritakan tentang matahari, bulan, malam dan siang sebagai tanda kebesaran Allah. Pada ayat 38 Allah berfirman,

“Dan matahari berjalan di tempat peredarannya yang tetap. Demikianlah yang ditentukan oleh yang Maha Perkasa, Maha Mengetahui.”

Saintis mengetahui tentang peredaran matahari pada paksinya hanya setelah terciptanya peralatan canggih yang boleh menerobos angkasa. Walaupun pada mulanya saintis menyangka bahawa matahari tidak bergerak dan hanya bumi sahaja yang mengelilinginya.

Kemajuan sains telah berjaya membuktikan bahawa matahari juga beredar di atas paksi dan terus beredar tidak pernah berganjak, matahari memiliki garis edarnya sendiri. Itulah yang dinyatakan oleh Al-Quran dan telah dibuktikan oleh sains bahawa ia adalah benar.

Sememangnya matahari bergerak dengan kelajuan yang tinggi iaitu 720,000 km/jam ke arah bintang Vega dalam sebuah garis edar yang dinamakan Solar Apex. Ini bererti matahari bergerak dengan kelajuan 17.280.000 km/hari. Ia mengambil masa 27 hari bumi berputar di atas paksinya untuk melengkapkan satu putaran.

Namun al-Quran telah menjawabnya 1500 tahun lalu. Matahari yang mempunyai diameter 1,391,980 kilometer tidak pernah tersasar pun, walau seinci dari landasannya. Tentunya semua itu tidak mampu dilakukan oleh manusia kecuali Allah seperti yang disebut pada akhir ayat 38,

“Demikianlah yang ditentukan oleh Yang Maha Perkasa, Maha mengetahui.”

Kemudian perhatikan pula keluarga sistem suria yang lain yang ada 200 billion bintang semuanya ada laluannya tersendiri dan tidak saling berlanggar antara satu sama lain. Perhatikan pula pada ayat 39,

“Dan bulan pun telah Kami tentukan dianya melalui tempat-tempat lalunya.”

Rahsia bulan pun turut diceritakan di dalam surah Yasin, pada hari pertama bulan kelihatan sangat kecil laksana sabit yang halus hingga dinamakan bulan sabit. Sedikit menyingsing di ufuk barat sesudah matahari terbenam. Kemudian perhatikan pada malam esoknya di tempat lalu yang lainnya, agak ke atas sedikit sudah kelihatan besar sedikit serta boleh dipandang dengan mata kasar malah agak jelas.

Begitulah seterusnya pada hari ketiga, empat, lima dan enam, sekian hari makin besar bulan itu kelihatan. Sehinggalah pada malam empat belas, kita akan melihat bulan terbit dari timur seperti terbitnya matahari.

Apabila hari semakin gelap, bulan pun terbit sebagai purnama pada malam ke 15. Pada malam 16, 17 dan seterusnya bulan akan terbit pada waktu malam. Sehinggalah pada akhir bulan iaitu 25, 26, 27 dan 28 ia akan menjadi semakin kecil dan menjadi bulan sabit semula yang terbit di waktu pagi di sebelah timur ketika malam menyingsing pagi. Ia jelas disebut di dalam ayat 39,

“Sehingga kembali sebagai sebuah mayang yang tua.”

Memang benarlah bahawa bulan itu beredar di dalam masa 28 malam. Ia mempengaruhi pasang surut air, bunga yang berkembang, kitaran haid yang berlaku di dalam 28 malam dan banyak lagi.

Orang Arab pun ada petuanya jika orang perempuan tidak datang haid atau haidnya tidak betul maka diajarkan berdoa pada malam bulan penuh. Adalah doanya yang sesuai supaya haid itu kembali pada kitarannya yang betul iaitu 28 malam, ternyata doa itu memang berkesan. Ia ada kaitan dengan bulan, 28 malam itulah fasa bulan itu beredar. Wallahu a’lam Utv

Rahsia Bulan Dan Matahari Di Dalam Surah Yassin Rupanya Ada Kaitan Dengan Darah Haid?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penyanyi Tersohor Negara Datuk Sheila Majid Sambut Menantu Sulung [VIDEO]

Doktor ‘cabut lari’ selepas pelanggan sukar buka rahang

Sanusi serang UMNO setiap hari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker