Lafaz nikah tidak disyariatkan dalam satu nafas – Zulkifli

Lafaz nikah tidak disyariatkan dalam satu nafas – Zulkifli

Debaran setiap bakal pengantin lelaki pastinya apabila berdepan dengan tok kadi ketika majlis akad nikah.

Apa tidaknya, jurunikah meletakkan syarat lafaz akad nikah itu mesti dilakukan dalam satu nafas.

Bagaimanapun, berdasarkan perbahasan dan pandangan, lafaz akad nikah sebenarnya tidak disyariatkan untuk dijawab dalam satu nafas, malah, mazhab al-Syafi’e menjelaskan ia mesti berturutan.

Justeru, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menerusi perkongsiannya menerusi portal Maktabah Al-Bakri mengesyorkan kepada imam atau jurunikah agar memudahkan proses lafaz nikah itu dan tidak memberatkannya apabila telah cukup syarat.

Menurutnya, semua mesti memahami bahawa mungkin ketika itu bakal pengantin berada dalam keadaan gugup, berdarah gemuruh dan sebagainya.

“Pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji menyatakan bahawa antara syarat lafaz nikah adalah dengan ijab oleh wali dan qabul oleh pengantin lelaki secara berturutan.

“Jika wali berkata: “Aku kahwinkan kamu dengan anak perempuanku,” dan selepas tempoh yang lama, pengantin lelaki menjawab: “Aku terima nikahnya,” maka aqad nikah itu tidak sah.

“Hal ini adalah kerana pemisahan yang lama antara ijab dan qabul tersebut. Dalam tempoh yang lama ini, ada kemungkinan wali menarik lafaz ijabnya semula.

“Adapun diam yang sekejap antara ijab dan qabul, seperti bernafas atau bersin, tidaklah merosakkan aqad nikah tersebut,” katanya.

Namun begitu, katanya, mengikut mazhab Hanafi dan Hanbali, tidak mengapa berlaku pemisahan yang lama antara ijab dan qabul jika sekiranya masih dalam majlis dan tidak disibukkan dengan perkara yang lain. Utusan

Lafaz nikah tidak disyariatkan dalam satu nafas – Zulkifli


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penyanyi Tersohor Negara Datuk Sheila Majid Sambut Menantu Sulung [VIDEO]

Doktor ‘cabut lari’ selepas pelanggan sukar buka rahang

Sanusi serang UMNO setiap hari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker