Bekas pemain Liga Super dipenjara pecah masuk rumah

Bekas pemain Liga Super dipenjara pecah masuk rumah

Muar: Bekas pemain Liga Super Malaysia hari ini dijatuhi hukuman penjara 28 bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan pilihan memiliki harta curi, pada Mei dan Julai lalu.

Mohd Azinee Taib, 33, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Fatin Dalilah Khalid.



Dia yang dilihat cuba mengelak wajahnya dirakam kemudian diiringi dua kakitangan penjara Sungai Udang menggunakan laluan khas untuk meninggalkan mahkamah.

Bagi pertuduhan pilihan pertama, Mohd Azinee didakwa menyimpan harta curi iaitu jam tangan berjenama milik Ker Zhi Zin, 17, dan beg tangan kepunyaan Ho Shin Fun, 50, di dua lokasi iaitu jeti nelayan Ayer Baloi, Pontian dan Forest City Country Garden, Gelang Patah pada 4.30 petang, 3 Julai lalu.

Mohd Azinee didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Pertuduhan pilihan kedua pula, dia didakwa memiliki dompet dan beg tangan berjenama kepunyaan Toh Lai Siang, 53, yang diketahui hasil curi dan didakwa mengikut seksyen sama.



Mengikut fakta kes, Mohd Azinee ditahan pada 3 Julai lalu selepas memecah masuk sebuah rumah di Taman Bakri Muar.

Selain itu, kejadian sama juga berlaku pada 11 pagi, 17 Jun lalu, apabila sebuah rumah di Taman Cahaya Melati, Parit Jawa dalam daerah ini diumpil menyebabkan barangan berharga serta wang tunai RM10,000 hilang.

Pada hari Mohd Azinee ditahan, dia dibawa di kedua-dua lokasi terbabit dan polis akhirnya menemui beberapa barangan disyaki dicuri.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Mohammad Zuwairi Md Noor manakala tertuduh tidak diwakili peguam.



Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 13 bulan bagi pertuduhan pertama dan 15 bulan untuk pertuduhan kedua.

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan semua hukuman dijalankan serentak bermula tarikh sabitan hari ini, bermakna Mohd Azinee hanya perlu menjalani hukuman penjara 15 bulan. HM

Bekas pemain Liga Super dipenjara pecah masuk rumah

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Syafinaz tidak mahu Elly Mazlien atas pentas

Badrul Muhayat makin berisi lepas kahwin lagi



Noniswara terima untuk bermadu

Penyanyi tak bayar sewa dan bil letrik, tuan rumah buat laporan polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker