Raba punggung pelanggan, lelaki Nepal dipenjara 5 tahun

Raba punggung pelanggan, lelaki Nepal dipenjara 5 tahun

MELAKA – Perbuatan biadab seorang lelaki warga Nepal meraba punggung seorang remaja yang juga pelanggan sebuah gerai makanan dekat sini berbalas apabila dia dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Hakim Darmafikri Abu Adam menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Manday Ajay Kumar, 26, yang mengaku bersalah sejurus dua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.



Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didapati telah melakukan amang seksual fizikal dengan cara memegang punggung mangsa berusia 15 tahun di gerai minuman dalam Chinatown Food Court, Ujong Pasir, di sini kira-kira pukul 12 tengah hari pada 20 dan 24 Mei lalu.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan bagi setiap pertuduhan.

Terdahulu, tertuduh yang bekerja sebagai pembantu kedai makan merayu agar hukuman ringan diberikan dengan alasan perlu menanggung ibu bapa dan tiga adik yang masih bersekolah di kampung halaman serta hukuman diberikan berjalan serentak daripada tarikh ditangkap iaitu pada 29 Mei lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, N. Sivashangari Sivashangari bagaimanapun memohon hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran kepada tertuduh.



Selepas meneliti hujah kedua-dua belah pihak, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan ia berjalan serentak daripada tarikh tertuduh ditangkap. K Online

Raba punggung pelanggan, lelaki Nepal dipenjara 5 tahun

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



GV10: Syafinaz tidak mahu Elly Mazlien atas pentas

Badrul Muhayat makin berisi lepas kahwin lagi



Noniswara terima untuk bermadu

Penyanyi tak bayar sewa dan bil letrik, tuan rumah buat laporan polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker