Feri Langkawi dalam proses pembaikan terbakar [VIDEO]

 

LANGKAWI – Sebuah feri yang dalam proses pembaikan di limbungan kapal di Bukit Malut, di sini terbakar pada petang semalam

Ketua Bomba Zon Langkawi, Penguasa Bomba Mohd. Fadzullah Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian



Katanya, tiga jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Langkawi dan satu jentera dari BBP Persiaran Putra diarahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, kebakaran didapati melibatkan bilik enjin sebuah feri yang berada di atas tanjakan kerana dalam proses pembaikan.

“Kerja-kerja pemadaman dilakukan dengan menggunakan air dan 11 tong buih pada peringkat pertama pemadaman,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, sebanyak 12 tong buih tambahan dihantar ke lokasi bagi peringkat seterusnya.



“Kebakaran dapat dikawal pada pukul 6.46 petang tadi dan proses pemadaman masih giat dilakukan,” ujarnya.

Tambahnya, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu. – KOSMO! ONLINE

 



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]

Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang



Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker