Video nahas lime kenderaan membabitkan lori di PLUS didedahkan [VIDEO]

NILAI – Seorang pemandu lori maut selepas terlibat nahas lima kenderaan di Kilometer 280 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan semalam

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan dalam kenyataan berkata, sepasukan pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 11.43 pagi

“Komander operasi melaporkan kemalangan melibatkan lima kenderaan iaitu dua buah lori treler, dua kereta dan sebuah motosikal. Kerja-kerja penyelamatan telah dilakukan oleh pihak bomba.



“Terdapat 10 orang mangsa, bagaimanapun seorang daripadanya iaitu lelaki berusia 43 tahun merupakan pemandu lori maut di lokasi kejadian,” katanya

Jelas kenyataan itu, mangsa yang maut telah disahkan oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital oleh ambulans dan jentera Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS),” katanya.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]



Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang

Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker