Jasmine Loo disiasat, tapi masih ‘jauh’ nak tangkap Jho Low – Azam

Jasmine Loo disiasat, tapi masih ‘jauh’ nak tangkap Jho Low – Azam

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah memulakan siasatan terhadap bekas sekutu ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, Jasmine Loo Ai Swan berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram.

Ketua Pesuruhjayanya Azam Baki berkata, keterangan daripada Loo yang juga bekas peguam 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah diambil bermula 4 Sept lalu.



“Dia dalam siasatan kita juga.

“Setakat ini mengambil masa tiga hari dan jika perlu tambahan masa kita akan minta kepada polis untuk tambah,” katanya ditemui media selepas menghadiri Persidangan Governans, Integriti dan Antirasuah hari ini.

Mengulas sama ada Jho Low akan ditangkap susulan siasatan terhadap Loo, Azam berkata: “Jika tanya pandangan saya, belum lagi. Masih jauh.”

Sementara itu, Azam berkata pihaknya akan berusaha untuk membawa balik aset dan wang milik 1MDB yang lain, susulan rampasan oleh polis membabitkan barangan berharga atas nama Loo baru-baru ini.



“Setakat ini, wang dan aset itu sahaja dirampas,” katanya.

Isnin lalu, Bukit Aman mengumumkan telah merampas aset berkaitan 1MDB berjumlah sekurang-kurangnya RM93.2 juta, yang diperoleh atas nama Loo.

Dalam perkembangan lain, Azam berkata SPRM masih menyiasat kes penahanan seorang pegawai kanan dan dua pegawai rendah polis Johor

“Siasatan masih dijalankan. Pegawai penyiasat meneliti setiap kenyataan mereka ditahan dan kita nak tengok apa kaitan dengan isu rasuah,” katanya. FMT



Jasmine Loo disiasat, tapi masih ‘jauh’ nak tangkap Jho Low – Azam

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon wanita kantoi bercium dalam kelab malam



Guru skandal dengan ibu murid sendiri

Ayda Jebat lincah menari walau hamil 7 bulan (Video)



Lelaki Iban ‘knock down’ pembuli warga asing (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker