Hamas berkata ‘hampir mencapai’ perjanjian gencatan senjata dalam perang Israel-Hamas

Hamas berkata ‘hampir mencapai’ perjanjian gencatan senjata dalam perang Israel-Hamas

Gaza: Ketua Hamas memberitahu Reuters hari ini, kumpulan pejuang Palestin hampir mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Israel, walaupun serangan maut ke atas Gaza berterusan dan roket ditembak ke Israel.

Pegawai Hamas “hampir untuk mencapai perjanjian gencatan senjata” dengan Israel dan kumpulan itu menyampaikan responsnya itu kepada pengantaranya di Qatar yang juga pengerusi biro politik kumpulan pejuang itu, Ismail Haniyeh.



Kenyataan mengenainya kemudian dihantar kepada Reuters oleh pembantu kepada Haniyeh.

Tiada butiran lanjut tentang syarat perjanjian yang berpotensi itu.

Presiden Amerika Syarikat Joe Biden semalam berkata, beliau percaya perjanjian itu sudah hampir.

“Kami sekarang lebih dekat (dengan perjanjian gencatan senjata) berbanding sebelum ini,” kata jurucakap Rumah Putih, John Kirby mengenai perjanjian yang bertujuan memastikan pembebasan beberapa tebusan yang ditahan di Gaza dan jeda dalam pertempuran yang akan membolehkan bantuan yang sangat diperlukan masuk ke kawasan yang dikepung.



Hamas dikatakan mengambil kira-kira 240 tebusan semasa serangan di selatan Israel pada 7 Oktober lalu, yang mengorbankan 1,200 orang.

Presiden Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC), Mirjana Spoljaric bertemu Haniyeh di Qatar semalam untuk “memajukan isu kemanusiaan” berkaitan konflik itu, kata ICRC yang berpangkalan di Geneva dalam satu kenyataan.

Dia juga secara berasingan bertemu dengan pihak berkuasa Qatar.

ICRC berkata, ia bukan sebahagian daripada rundingan yang bertujuan untuk membebaskan tebusan, tetapi sebagai perantara neutral, ia bersedia “untuk memudahkan sebarang pembebasan masa depan yang dipersetujui oleh pihak-pihak.”



Reuters melaporkan minggu lalu bahawa pengantara Qatar sedang mencari perjanjian untuk Hamas dan Israel untuk menukar 50 tebusan sebagai balasan kepada gencatan senjata selama tiga hari yang akan meningkatkan penghantaran bantuan kecemasan kepada orang awam Gaza, memetik taklimat rasmi mengenai rundingan itu. BH

Hamas berkata ‘hampir mencapai’ perjanjian gencatan senjata dalam perang Israel-Hamas

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Batalkan konsert Coldplay? Tiket tak beli bolehlah

‘Tangan tak dapat angkat gelas, kaki lemah, muka herot’ – Esma Daniel



Rusdi Ramli, Sharon berpisah?

Nak maki sampai bila – Ali Puteh



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker