Tunggang agama punca ada parti gagal tubuh kerajaan – Zahid

Tunggang agama punca ada parti gagal tubuh kerajaan – Zahid

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi berkata, mana-mana parti yang menjadikan Islam sebagai tunggangan mereka tidak akan mendapat keredaan Allah.

Katanya, ia terbukti apabila ada parti yang memenangi banyak kerusi pada PRU15 gagal membentuk kerajaan, sebaliknya Umno yang tidak memenangi banyak kerusi dapat menganggotai kerajaan perpaduan.



“Kalau siasah jadi matlamat dan Islam jadi tunggangan, biarpun kerusi yang diperolehi banyak, tetapi tidak jadi kerajaan kerana tidak ada reda daripada Allah,” katanya tanpa menamakan mana-mana parti.

“Biarpun sedikit, tapi kita (Umno) jadi kerajaan, maka gunakan kedudukan itu bukan untuk menzalimi sesiapa, sebaliknya kita mahu menjaga Islam dengan benar.”

Presiden Umno itu berkata, parti pimpinannya tidak pernah menyalahgunakan ayat al-Quran, ijmak ulama untuk kepentingan politik yang sempit.

“Politik hanyalah alat, matlamat adalah agama. Kalau kita berniat memperkuatkan agama, kalau kita menjaga Allah, dia pasti menjaga kita,” katanya ketika merasmikan program Liqa’ Perdana Ilmuwan Ahli Sunnah Wal Jamaah bersama Timbalan Perdana Menteri di sini, malam tadi.



Zahid turut menasihatkan ulama yang terjun ke bidang politik tidak menggunakan ayat al-Quran serta Hadis mengikut selera bagi menyucikan niat tertentu. FMT

Tunggang agama punca ada parti gagal tubuh kerajaan – Zahid

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Meerqeen dah ‘level’ lain

Ini ke penyondol kacau rumah tangga Hafidz Roshdi?



‘Lepas Cerai, Sha Nak Something Different’ – Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker