Filem Pulau ‘diharamkan’ di Terengganu

Filem Pulau ‘diharamkan’ di Terengganu

Penerbit filem, Fred Chong bersedia bertemu Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu susulan keputusan kerajaan negeri ‘mengharamkan’ tayangan filem kontroversi, Pulau di negeri berkenaan.

Menerusi sidang media secara virtual, Chong berkata, surat rayuan sudah siap dan mereka menantikan surat sokongan daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).



Chong berkata, dia bersedia terbang ke Kuala Terengganu bersama wakil FINAS dalam masa terdekat untuk membuat rayuan, sekali gus menayangkan filem Pulau kepada wakil kerajaan negeri agar penilaian boleh dilakukan, sama ada filem itu mempunyai unsur ‘soft porn’ atau sebaliknya.

“Pada 9 Februari lalu, TGV selaku pemamer menerima surat daripada Majlis Perbandaran Kemaman mengenai keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu yang melarang filem Pulau daripada ditayangkan di negeri ini.

“Keputusan kerajaan negeri menimbulkan kebimbangan. Bagi kami, ia satu gerakkan berbahaya kerana boleh mempengaruhi negeri lain untuk mengambil tindakan sama.

“Kami sedang menanti surat sokongan daripada FINAS. Saya akan ke Kuala Terengganu sebaik mendapat keizinan kerajaan negeri.



“Saya berhasrat menayangkan filem Pulau kepada wakil kerajaan negeri agar boleh membuat penilaian terhadap jalan cerita yang didakwa mempunyai adegan tidak sepatutnya seperti tertera dalam surat yang dihantar kepada TGV,” kata Chong,

Menurut Chong, dia berharap kerajaan negeri menerima pelawaan produksi untuk menonton filem Pulau terlebih dahulu bagi berlaku adil kepada kedua-dua pihak.

“Biarpun Terengganu hanya mempunyai tiga panggung, namun ia tetap menimbulkan kebimbangan kerana boleh mempengaruhi keputusan negeri lain.

“Ramai terlalu cepat menjatuhkan hukuman tanpa terlebih dahulu menonton filem Pulau gara-gara terpengaruh dengan treler filem yang dikatakan keterlaluan.



“Semua yang mengkritik belum menonton filem Pulau, tetapi melemparkan pelbagai kritikan. Apa salahnya beri peluang kepada filem ini.

“Sekurang-kurangnya fikirkanlah usaha pelakon dan kru yang bertungkus lumus belajar menyelam dan terpaksa duduk dalam hutan bagi menjayakan filem ini.

“Apa yang ditayangkan dalam treler filem langsung tidak sama dengan keseluruhan jalan cerita dalam filem. Jika mengandungi unsur ‘soft porn’ seperti didakwa, tentunya filem Pulau tidak mendapat kelulusan Lembaga Penapis Filem (LPF), Syarat Wajib Tayang dan FINAS.

“LPF memberikan kelulusan berdasarkan keseluruhan filem, bukan berpandu kepada treler semata-mata. Malah, kami akur apabila empat babak dalam filem dipotong,” katanya.



Chong berkata, gara-gara kontroversi treler yang ditayangkan pada Januari lalu, penerbit mengalami kerugian hampir RM500,000 apabila penaja menarik tajaan terhadap filem.

Justeru, katanya, pihaknya bimbang lebih banyak kerugian bakal ditanggung hanya disebabkan masyarakat salah faham terhadap filem Pulau.

“Kami membelanjakan RM4 juta untuk penghasilan filem Pulau. Tetapi, kami terpaksa menanggung kerugian dan kemungkinan besar selepas kontroversi.

“Produksi tidak mampu melabur membeli iklan papan gergasi dan malam gala secara besar-besarkan kerana tiada bajet selepas penaja menarik diri.



“Saya terpanggil mengadakan sidang media hari ini kerana saya perlu bersuara. Kita bangga apabila Tan Sri Michelle Yeoh diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik Komedi/Muzikal, Anugerah Golden Globe Ke-80, baru-baru ini.

“Tetapi, filem tempatan pula diketepikan di negara sendiri sebelum terlebih dahulu ditonton. Jadi, macam mana filem tempatan ingin terus mengorak langkah ke persada dunia,” katanya.

Chong menafikan, treler disiarkan di platform YouTube bertujuan sebagai strategi pemasaran, sebaliknya, ia adalah tujuan pasaran ke luar negara.

Filem Pulau arahan Euho dan dibintangi Alif Satar, Amelia Henderson, Nam Ron, Wan Hanafi Su, Ikmal Amry, Sanjna Suri, Joey Leong dan Harris Anuar.



Turut beraksi, Jazmy Juma, Mark O’Dea, Sabronzo, Evie Feroza, Cedric Loo, Pui Yi dan Vikar.

Pulau diterbitkan WebTVAsia dengan kerjasama My Way Pictures dan Filmforce Studio dan diarah Euho.

Menerusi kenyataan dikeluarkan, LPF mengklasifikasikan filem Pulau sebagai naskhah seram, bukannya filem porno seperti digembar-gemburkan.

Sebelum kerajaan negeri Terengganu mengumumkan pengharaman filem, Pulau dijangka bakal ditayangkan di 75 pawagam di seluruh negara. BH

Filem Pulau ‘diharamkan’ di Terengganu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Meerqeen dah ‘level’ lain

Ini ke penyondol kacau rumah tangga Hafidz Roshdi?

‘Lepas Cerai, Sha Nak Something Different’ – Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker