BTS sekali lagi cipta rekod baharu Spotify
BTS sekali lagi cipta rekod baharu Spotify
KUMPULAN K-pop terkemuka BTS sekali lagi mencipta rekod, kali ini untuk jumlah lagu terbanyak dalam carta Spotify dan lagu baharu dengan jumlah pendengar terbanyak dalam 24 jam.
Buat pertama kali dalam sejarah, sejumlah 28 lagu kumpulan pop Korea Selatan terkenal itu kini berada di dalam carta, lapor Soompi.
Kejayaan ini menyusul pasca kemunculan album terbaharu mereka “Proof” pada 10 Jun lalu.
“Proof” menampilkan tiga lagu baharu — “Yet to Come (The Most Beautiful Moment)”, “Run BTS” dan “For Youth” — dengan beberapa lagu hit mereka sebelum ini termasuk “Dynamite”, “Spring Day”, dan “IDOL”.
Pada hari pertama album dikeluarkan, kesemua lagu baharu BTS itu berada di kedudukan tertinggi dalam carta ‘Spotify’s daily Global Top 200’.
Lagu sandaran mereka “Yet to Come” berada di tempat ketiga dalam carta global harian setelah berjaya meraih 7 juta pendengar selepas diterbitkan, sekali gus memecah rekod pendengar terbanyak dalam 24 jam bagi lagu berbahasa Korea.
Manakala dua lagi lagu baharu, “Run BTS” berada tempat ke-6, dan “For Youth” di tempat ke-11.
Lagu-lagu hit BTS terdahulu tidak kurang hebatnya apabila turut menempa tempat dalam carta.
Lagu “Born Singer” di tempat ke-16 carta global harian, diikuti “Dynamite” di tangga ke-47, “Butter” di tempat ke-50, “My Universe” (68), “No More Dream” (69), dan “Boy With Luv (featuring Halsey)” (85).
Lagu “Boy in Luv” berada di tangga ke-103, “N.O” “104”, “I NEED U” (108), “Life Goes On” (109), “FAKE LOVE” (112), “Intro: Persona” (116), “RUN” (119), dan “Blood Sweat & Tears” (123).
Lagu-lagu lain ialah “Danger” (128), “Spring Day” (130), “FIRE” (143), “ON” (145), “DNA” (146), “Euphoria” (149), “Stay” (158), “Moon” (174), “IDOL” (177), “Filter” (183), dan “Intro: Singularity” di tangga ke-197. Aw
BTS sekali lagi cipta rekod baharu Spotify
Baca Artikel Menarik:
- Puad bidas Annuar Musa
- Jurujual Lebam Gara-Gara Ular Tedung Selar
- PRU15 boleh diadakan selepas bajet wow – Tok Mat
- Paul Pogba sertai syarikat fintech Islam, Wahed sebagai duta jenama
- Disyaki rogol jiran OKU, pemandu lori ditahan
- Digantung MCA kerana berkempen dengan Mahathir, taikun akan bertemu Wee
- Sultan Johor Terima Kunjungan Penyanyi Rock Tersohor Amy, Kumpulan SEARCH
- Kelibat berdiri bukan hantu tapi Bella – saksi
- Gajah ‘berdendam’ pijak, lempar mayat wanita
- Lakonan Dolla Makan Maggi Pedas Giler Dipuji Netizen (Video)
- Penternak Thailand Beri Ayam Makan Ganja Untuk Hasilkan Daging Yang Lebih Empuk
- Hina Nabi Muhammad, kumpulan penggodam Malaysia serang laman web kerajaan India
- Haneesya dituduh sumbang mahram gara-gara workout dengan adik
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
#MeleTOP: 24 jam selepas Viral..ini keadaan terkini Restoran 35..memang tak sangka