Lebih 31,000 tak lapor pendapatan – LHDN

Lebih 31,000 tak lapor pendapatan – LHDN

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengenal pasti 31,598 entiti, terdiri daripada individu, perniagaan, syarikat dan lain-lain yang masih belum mengisytiharkan pendapatan mereka.

Menurut LHDN, entiti ini yang melibatkan hampir 24,000 individu, dikenal pasti berdasarkan pemilikan harta dan keupayaan mereka untuk mendapatkan pinjaman dan sekuriti bernilai RM500,000 dan ke atas.



“Kehilangan cukai oleh kerajaan dianggarkan sebanyak RM665 juta. Jumlah ini besar dan boleh memberi kesan buruk kepada kestabilan ekonomi negara jika tidak ditangani segera,” katanya dalam kenyataan.

Agensi itu menasihatkan 31,598 entiti terbabit, khususnya 23,751 individu untuk hadir secara sukarela di cawangan LHDN terdekat untuk mendaftarkan fail cukai pendapatan dan mengisytiharkan pendapatan mereka.

“Mereka akan diberi tempoh penangguhan selama sebulan dari 15 Jun hingga 15 Julai,” katanya.

Katanya, selepas tempoh itu tamat, ia akan menjalankan siasatan sivil dan jenayah serta menguatkuasakan audit cukai terhadap mereka yang gagal memfailkan borang pengisytiharan cukai.



“Siasatan jenayah akan menyebabkan pertuduhan difailkan di mahkamah di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 kerana mengelak cukai,” katanya. FMT

Lebih 31,000 tak lapor pendapatan – LHDN


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Antara Artis Yang Rela Pilih Jadi Murtad Demi Cinta!

“Kau Ada Kaki,Tangan Pergilah Cari Kerja. Tolong Sedar Diri, Dah Miskin Buat Cara Miskin” – Zarina Anjoulie



#MeleTOP: 24 jam selepas Viral..ini keadaan terkini Restoran 35..memang tak sangka

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker