Jabatan Metereologi keluar amaran hujan berterusan

PETALING JAYA : Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran hujan berterusan buruk membabitkan 12 negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Menurut Facebook jabatan berkenaan, amaran buruk dikeluarkan membabitkan kawasan Gua Musang, Kelantan dan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran dan Kuantan di Pahang.

Selain itu, tahap waspada iaitu hujan berterusan dijangka berlaku di beberapa kawasan melibatkan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka dan Negeri Sembilan.



Sehingga kini, sebanyak 1,766 orang daripada 428 keluarga menjadi mangsa banjir setakat pukul 8 pagi manakala sebanyak 46 pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan 12 daerah telah buka bagi menempatan mangsa banjir. -UTUSAN ONLINE

Jabatan Metereologi keluar amaran hujan berterusan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker