6 akhlak Rasulullah s.a.w. pedoman untuk kebahagiaan hidup dunia dan akhirat

6 akhlak Rasulullah s.a.w. pedoman untuk kebahagiaan hidup dunia dan akhirat

Tidaklah diutuskan Rasulullah s.a.w. jika bukan untuk dijadikan ikutan dan panduan dalam kehidupan. Itulah Rasulullah s.a.w. yang didatangkan untuk memperbaiki dan melengkapkan kehidupan manusia di muka bumi ini. Antara akhlak Baginda s.a.w. yang wajar dijadikan ikutan ialah:

Pertama: Ahli perniagaan



Rasulullah s.a.w. mengajar manusia cara menguruskan perniagaan. Tiada tipu menipu dalam sukatan, dan jujur dalam urusan jual beli. Satu formula yang digunakan Baginda dalam perniagaan dan pekerjaan, masa perlu digunakan secara berkualiti dan bukannya mengejar kuantiti, barulah boleh menghasilkan untung dan keberkatan.

Bukan itu sahaja, untuk beruntung dan menjadi kaya amalkan amalan sedekah dan solat malam atau tahajud. Yang penting jangan lakukan hanya ketika ada mood tetapi hendaklah istiqamah dan berterusan.

Kedua: Ketua keluarga

Bagi Rasulullah s.a.w. kemakmuran sesebuah masyarakat bermula dari rumah. Si suami jangan menganggap isteri sahaja yang harus memahami sebaliknya kedua-duanya perlu mengambil tanggungjawab bersama.



Syeikh ‘Alaa El Sayed menjelaskan, walaupun Baginda s.a.w. berpoligami, tetapi ini bukan bermakna Baginda kaki perempuan. Juga bukan kerana cinta atau nafsu, akan tetapi perkahwinan itu berlaku atas dasar membantu wanita dan sebab-sebab lain yang sarat dengan nilai kemanusiaan.

Baginda tidak memandang status wanita yang dikahwininya. Cinta hadir setelah berkahwin. Ia lahir apabila saling menghormati dan wujudnya belas ihsan antara satu dengan lain. Dan kerana itu bukan semua isteri Baginda adalah anak dara. Misalnya Saidatina Khadijah sendiri lebih berusia daripada Nabi. Malah sebelum itu pernah berkahwin sebanyak dua kali.

Ketiga: Menjaga solat

Untuk mendapatkan keluarga dan masyarakat yang harmoni, formula utamanya ialah solat. Kerana apa?



Itu kerana solat adalah tiang agama. Dan mereka yang beragama tidak akan melakukan sesuatu yang dilarang oleh agama. Justeru jika ada yang tidak kena dalam keluarga, ketua keluarga khususnya suami harus periksa apakah dirinya, isteri atau anak-anak sempurna bersolat?

Keempat: Bersikap sederhana

Untuk hidup bahagia maka yang penting adalah bersederhana dalam segala hal. Nabi s.a.w. sekalipun diangkat sebagai rasul dan ketua bagi seluruh umat Islam, namun Baginda tetap melakukan hal rutin dirumah seperti menjahit baju dan kasutnya sendiri. Pernah seorang lelaki bertanya kepada Aisyah r.ha,

“Adakah Rasulullah s.a.w. melakukan apa-apa di rumah?”



Aisyah menjawab,

“Ya! Rasulullah s.a.w. menampal kasutnya, menjahit bajunya dan melakukan kerja-kerja di rumah seperti kebanyakkan dari kamu melakukannya di rumah” (HR Bukhari Muslim)

Baginda juga bersederhana dalam soal makan. Baginda hanya makan dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Bahkan ketika tiada makanan di rumah Baginda dan Aisyah hanya menjamah tamar dan susu kambing. Baginda tidak pernah merungut, apatah lagi mencela makanan.

Kelima: Menegur dengan hikmah



Indahnya kehidupan apabila setiap orang dalam dirinya ada sifat belas dan ihsan. Dan inilah yang dituntut dalam Islam dan diajarkan oleh Baginda s.a.w. Dan kerana itu jugalah Nabi dihormati dan disegani bukan hanya di kalangan orang dewasa, tua, para sahabat, waima kanak-kanak juga. Kerana apa?

Sebab Rasulullah s.a.w. tidak pernah mudah untuk memarahi seseorang. Bahkan jika ada kesilapan Rasulullah akan menegur para sahabat dengan penuh hikmah. Jauh sekali menengking atau memalukan para sahabat.

Keenam: Menjaga silaturrahim

Antara yang sering ditekankan dalam kehidupan adalah saranan untuk menjaga silaturrahim khususnya antara keluarga dan jiran tetangga. Dalam hal ini Nabi menasihatkan agar jangan ada sangkaan buruk kepada sesiapa pun . Apatah lagi kepada Allah jika berlaku sesuatu yang tidak ia ingini. Wallahu a’lam Utv



6 akhlak Rasulullah s.a.w. pedoman untuk kebahagiaan hidup dunia dan akhirat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sherie Merlis hangat bercinta dengan rakan artis?

Sudahlah Amy – Amir Ukays

Atilia kini bergelar pensyarah

Anak saya merintih 40 minit depan mata saya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker