DAP marah, kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok

KUALA LUMPUR: Kepimpinan DAP mengutuk sekeras-kerasnya ugutan bunuh terhadap Naib Pengerusi Kebangsaan parti itu, Teresa Kok yang juga Ahli Parlimen Seputeh, semalam.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata unsur keganasan tidak boleh diterima sama sekali dalam masyarakat negara ini, terutama dalam menangani perbezaan pendapat politik.

“Seluruh pimpinan DAP bersolidariti dengan beliau (Kok) berdepan ugutan itu.



“Saya juga berterima kasih kepada pihak polis yang bertindak pantas selepas menerima laporan.

“Saya yakin pihak polis akan menyiasat dengan terperinci dan menangkap pihak yang bertanggungjawab dalam kes jenayah terbabit,” katanya melalui Facebook beliau, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Kok dalam hantaran menerusi Facebook, hari ini, mendakwa beliau menerima ugutan bunuh dalam surat yang dihantar ke rumahnya bersama dua butir peluru hidup.

Kok dipetik berkata, surat ugutan berserta peluru itu ditemui dalam sampul yang diletakkan di peti surat kediamannya.



Susulan itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, dilaporkan berkata polis sedang mengesan dalang kes terbabit selepas pihaknya menerima satu laporan mengenainya pada jam 9 malam tadi.

Beliau berkata, hasil siasatan awal pihak polis mendapati sampul surat yang dikirim itu mengandungi sekeping nota berbentuk amaran dan dua butir peluru.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

TMJ nafi jadi dalang, seru semua pihak bersatu melawan keganasan

Ini modus operandi Rasulullah ke? Aqasha bersuara pasal #Blockout2024



Maaf ya pelakon bermasalah

Scha Alyahya hilang 100,000 pengikut Instagram



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker