Anwar bela Palestin dipentas Asean

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata hak asasi rakyat Palestin perlu dihormati dan menyeru semua negara supaya mengambil pendirian yang sama ketika membantah serangan Rusia ke atas Ukraine.

Perkara itu disampaikan perdana menteri semasa mesyuarat dengan pemimpin Asean dan negara rakan dialog termasuk Amerika Syarikat, China, Jepun, Korea Selatan, Kanada serta Australia pada Sidang Kemuncak Asean Ke-43 dan sidang lain yang berkaitan.

“… mereka menyuarakan untuk membantah serangan Rusia ke atas Ukraine tetapi suara yang sama nampak seolah-olah kelu, membisu dan tidak mengesankan bila menyentuh atau menyinggung soal Palestin.



“Jadi kita suarakan dengan tegas, hormat hak rakyat Palestin, hormat nilai kemanusiaan, hormat hak asasi,” katanya kepada media selepas menghadiri majlis penutup sidang kemuncak itu malam tadi.

Anwar turut meminta Kementerian Luar untuk memberi sokongan kepada Arab Saudi yang akan bersidang di New York sempena persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu setelah dimaklumkan oleh setiausaha agung badan antarabangsa itu Antonio Guterres.

Dia berkata persidangan itu bertujuan menekankan keperluan negara-negara Islam dan Eropah mengambil keputusan yang bijak dalam menangani masalah Palestin.

Perdana menteri juga berkata Turkiye mencadangkan agar Malaysia dan republik itu mengadakan pertemuan di New York bagi menangani isu perkauman dan Islamofobia.



“Presiden (Recep) Tayyip Erdogan meminta saya bersama-sama membantu menganjurkan satu pertemuan dalam waktu yang lebih kurang sama di New York untuk menentang sikap pelampau perkauman dan sentimen antiagama atau Islamofobia.

“… Presiden Erdogan sudah setuju dengan saya untuk menganjur pertemuan ini dan kalau boleh, kita perluaskan kepada negara-negara Islam dan negara lain yang bersama (dengan kita),” katanya.

Anwar dan isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail berlepas pulang ke tanah air pada 9.16 malam tadi selepas menghadiri Sidang Kemuncak Asean di Jakarta sejak Selasa.

-Bernama



 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Takkan Mimi bercium dengan Merqeen – Anna Jobling

Puteri Sarah dedah tentang hubungan dengan Andi Arsyil



Sama-sama masuk penjara, komen Noh Salleh raih perhatian

Syamsul komen isu Puteri Sarah nak saman bekas kakak ipar Ira Kazar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker