Tiada idea – Abby Abadi

Tiada idea – Abby Abadi

“Jangan risaukan saya. Tak ‘update’ sebab tak ada idea”.

Demikian permintaan pelakon Abby Abadi yang juga ibu kepada pensohor media sosial sensasi, Marissa Dania Hakim berhubung tiada sebarang hantaran dimuat naik dalam Instagramnya.



Bekas anggota kumpulan Elite itu bagaimanapun memaklumkan, dirinya dalam keadaan baik, selain memberitahu dia sekarang sedang sibuk perniagaan.

“Alhamdullillah. Semuanya okey sahaja. Saya di Melaka sekarang, uruskan JaiTech Solutions.

“Doakan segala urusan kami dipermudahkan ya,” tulisnya dalam perkongsian Instagram Story, semalam.

Tampak tenang, hantaran lain yang dimuat naik turut menunjukkan fokus kamera menghala kepada beberapa individu dipercayai pekerja syarikatnya.



Terdahulu, sejak Jumaat lalu nama Abby dan bekas suaminya, Norman Hakim memanas berikutan kontroversi membabitkan anak kedua mereka, Marissa Dania Hakim.

Marissa yang berusia 18 tahun didakwa seorang ibu kepada dua anak kecil sebagai orang pemusnah rumah tangganya mengakibatkan laman sosial Abby dan Norman diserang netizen.

Wanita itu turut memaklumkan sudah meminta izin daripada kedua-dua selebriti terbabit untuk menularkan kisah kecurangan berkenaan media sosial dan mengajukan laporan polis.

Begitupun, Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, 45, dalam perkongsian akhir di Instagram Story pada Jumaat lalu memaklumkan sedang memberi ruang kepada netizen memberi pandangan sebelum menjawab tohmahan ramai. K Online



Tiada idea – Abby Abadi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak wanita disondol anak pasangan pelakon beri respon



Marissa ‘kejar’ sehingga Aslam tak daya melawan , dakwa bekas isteri

Marissa pernah bersumpah tak akan menyondol lagi – Misya



Mencarut sebelum meninggal dunia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker