Janda paling ramai jadi mangsa rawatan kosmetik

Golongan janda dikesan paling ramai membuat rawatan kosmetik termasuk pembedahan plastik sehingga menjadi mangsa penipuan doktor tidak bertauliah.

Timbalan Presiden Kebangsaan Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Malaysia, Abdul Malik Jamaran berkata, setakat tahun lalu sebanyak 358 aduan diterima dengan separuh daripadanya merupakan mangsa rawatan estetik.

Katanya, kebanyakan mangsa membuat aduan setelah mengalami kesan jangka masa panjang dan kecatatan pada wajah gara-gara menjalani pembedahan hidung, bibir, mata serta rawatan bagi menurunkan berat badan.



“Kita lihat peningkatan kes rawatan kosmetik ini sebagai satu fenomena baharu atau permasalahan kepenggunaan yang sangat besar ketika ini dan ia perlu diketengahkan supaya pengguna lain lebih berhati-hati.

“Sehingga kini kita menerima 358 aduan dengan hampir separuh daripadanya adalah berkaitan rawatan kosmetik oleh golongan wanita dengan sebahagian besar merupakan janda. Kebanyakan kejadian berlaku di Kuala Lumpur,” katanya pada sidang akhbar di Kota Laksamana, di sini, semalam.

Jelasnya, mengikut maklumat diberikan, kebanyakan mangsa tertipu selepas tertarik dengan kos rawatan 50 peratus lebih murah dan sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk melakukan beberapa rawatan demi mendapatkan struktur wajah yang cantik.

“Rawatan popular adalah rawatan memancungkan hidung, menajamkan dagu dan face lift. Namun, ada kes di mana rawatan itu memburukkan lagi keadaan sehingga hidung, pipi, dagu dan bibir menjadi senget.



“Bagi yang berusia mereka akan buat rawatan stem cell untuk membantu menampakkan wajah lebih muda dan ada kes rawatan sedut lemak bertukar tragedi ngeri apabila perutnya menjadi bernanah,” katanya.

Jelasnya lagi, siasatan lanjut dibuat mendapati rawatan kosmetik tersebut dijalankan oleh ‘doktor’ tidak bertauliah yang tidak mempunyai sijil atau pendidikan dalam bidang estetik.

Ujarnya, sebaliknya perawat tersebut hanya mendapatkan pengalaman di pusat estetik dan kursus di luar negara selama beberapa bulan sebelum menjalankan perniagaan sendiri.

“Kerana itu caj mereka lebih murah kerana mereka ini tidak mempunyai kelayakan profesional dan melakukan rawatan di premis klien.



“Ia seperti perkhidmatan spa di rumah, segala peralatan dibeli oleh perawat secara dalam talian. Kalau kos di luar dalam RM5,000 dengan mereka cuma RM1,500,” katanya.

Abdul Malik berkata, kini hampir 170 kes telah diselesaikan oleh MTPN dengan memberikan bantuan bagi tindakan tribunal pengguna dan tuntutan ganti rugi daripada individu serta syarikat terlibat.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hakim menangis dalam mahkamah

Mak saya dah Whatsapp Puteri Balqis tapi… , Qistina Raisah sedih



Suami tolak jumpa saya – Nabila Huda

Enam kereta dibakar lelaki mental dekat Bukit Tinggi



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker