JPN bela Menteri KDN, hanya daftar nikah bukan ritual agama

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini menjelaskan, tindakan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasuition Ismail mendaftarkan pernikahan pasangan bukan Muslim tidak melibatkan ritual keagamaan.

Sebaliknya kata agensi itu menteri terbabit sekadar memenuhi jemputan untuk merasmikan sambutan Jubli Intan JPN di Putrajaya hari ini.

Kata JPN antara pengisian bagi majlis tersebut ialah menteri terbabit mendaftarkan perkahwinan sivil pasangan bukan Islam yang dipilih jabatan berkenaan.



“Ini adalah acara istimewa untuk pasangan terpilih sempena sambutan Hari Pendaftaran Negara setiap tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu tular klip video pendek menunjukkan Saifuddin berdiri di hadapan pasangan bukan Muslim dan ‘menikahkan’ mereka. Menteri terbabit memegang sebuah dokumen untuk bertanyakan persetujuan pasangan terbabit menjadi suami isteri.

“Adakah Cik Juvanita a/p Ganesh bersetuju mengambil Encik Ravin a/l Krishnan sebagai suami yang sah?” tanya Saifuddin.

Sejurus upacara tersebut, mereka dirai beberapa individu dipercayai ahli keluarganya.



Menurut JPN agensi itu merupakan pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi menguruskan pendaftaran perkahwinan sivil serta merekodkan maklumat perkahwinan dan perceraian pasangan bukan Islam.

Terkandung dalam akta

Katanya ia selaras dengan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164).

“Berdasarkan akta tersebut, Saifuddin merupakan menteri yang bertanggungjawab dan membolehkan beliau melakukan pendaftaran perkahwinan pasangan bukan Islam,” katanya.



Selain menteri dalam negeri, kata agensi itu, kuasa yang sama juga dimilki Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Timbalan Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, pengarah bahagian perkahwinan dan perceraian, pengarah pendaftaran negeri serta pegawai dan kakitangan JPN yang bertugas di bahagian perkahwinan dan oerceraian.

Juga mendapat kuasa tersebut, kata JPN, ialah timbalan pendaftar perkahwinan.

“JPN menegaskan sesi pendaftaran perkahwinan yang dijalankan adalah berlandaskan undang-undang sivil mengikut Akta 164.

“Ia tidak melibatkan, tidak menyerupai, tidak melambangkan dan tidak dipengaruhi mana-mana ritual keagamaan atau adat sesuatu kaum.



“Lafaz ikrar yang dituturkan pendaftar adalah perkataan yang terkandung dalam Seksyen 23, Akta 164 yang berbentuk keterangan sifat perkahwinan sivil semata-mata,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Nabil luah isi hati mengenai Elly Mazlein

Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa



Saya pakai singlet jer – Elisya Sandha

Ameera Khan bercinta dengan Meerqeen?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker