Air mata MP Wangsa Maju gugur di Dewan Rakyat

Seorang ahli parlimen sebak semasa berbahas di Dewan Rakyat hari ini apabila menceritakan nasib beberapa pengundi yang membeli unit di Residensi Hektar, Gombak.

Zahir Hassan (Pakatan Harapan-Wangsa Maju) berkata, projek perumahan tertangguh yang terletak di kawasannya itu merupakan projek di bawah Projek Perumahan Wilayah Persekutuan (Rumawip) dan merupakan projek ‘sakit’.

“Residensi Hektar mempunyai 2,400 unit dan kelewatan projek ini mengakibatkan para pembeli mengalami tekanan yang berterusan. Mereka terpaksa terus menerus bayar sewa rumah dan dalam masa yang sama mula bayar kepada pihak bank.



“Dalam masa yang sama juga keadaan kelewatan ini melahirkan masalah sosial sehingga ada kes-kes perceraian di kalangan pembeli residensi hektar ini dan ada juga kita tak sempat masuk rumah telah meninggal dunia,” katanya daengan nada sebak.

Zahir kemudian dilihat cuba menenangkan dirinya dan meneruskan perbahasan dengan suara yang tersekat-sekat tentang bagaimana beberapa pembeli telah meninggal dunia sebelum dapat melangkah ke rumah baru mereka.

Ahli Parlimen Wangsa Maju itu kemudian berhenti sekali lagi dan mendorong timbalan speaker Ramli Mohd Nor menyuruhnya duduk.

Zahir dilihat menenangkan diri sebelum kembali meneruskan perbahasannya sambil berkata bahawa maklum balas daripada Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Akmal Nasrullah Mohd Nasir semalam adalah harapan buat mereka.



Pada 24 Okt, Akmal mengumumkan bahawa pasukan petugas kementerian untuk projek perumahan swasta yang dianggap projek ‘sakit’ dan terbengkalai telah memulihkan 256 projek perumahan swasta setakat Ogos tahun ini, terdiri daripada 28,363 unit rumah dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM23.37 bilion.

Pasukan petugas itu bertanggungjawab turun padang dan membantu mencari penyelesaian bagi memastikan pemaju menunaikan tanggungjawab mereka menyiapkan projek perumahan swasta yang tertangguh, ‘sakit’ dan terbengkalai.

Akmal menambah, majoriti projek perumahan telah diberikan Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC), manakala selebihnya “dalam proses”.

Timbalan menteri itu juga berkata kementerian akan mengemukakan cadangan kepada Kementerian Kewangan untuk menggunakan dana jaminan khas bagi menyelamatkan projek perumahan yang ‘sakit’.



Dia turut mendedahkan sebanyak 284 kompaun telah dikeluarkan kepada pemaju perumahan atas kesalahan mengikut Seksyen 7(e) Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 pada 2022 dan 2023.

Pembeli telah dijanjikan kunci unit mereka pada 3 Mei 2022, tetapi ia telah ditangguhkan beberapa kali kerana projek itu tidak siap.

Projek ini bermula pada 2017 dengan GDV sebanyak RM700 juta. Setiap unit berharga RM266,000 dengan keluasan 800 kaki persegi dan RM299,900 dengan keluasan 850 kaki persegi.

Projek ini mempunyai lima blok dan dibina di atas 7.85ha Tanah Rizab Melayu.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabil luah isi hati mengenai Elly Mazlein



Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa

Saya pakai singlet jer – Elisya Sandha



Ameera Khan bercinta dengan Meerqeen?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker