Kanak-kanak Bangladesh ditemukan dalam kontena di Pelabuhan Barat

Kanak-kanak Bangladesh ditemukan dalam kontena di Pelabuhan Barat

Seorang kanak-kanak lelaki warga asing ditemukan dalam sebuah kontena di dermaga Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang pada Selasa lalu, dipercayai terkunci selama enam hari itu berasal dari Chittagong, Bangladesh.

Ketua Polis Klang Selatan Cha Hoong Fong, berkata pihaknya menerima aduan daripada seorang lelaki warga tempatan yang bekerja di bahagian operasi perkapalan yang mendakwa menemukan kanak-kanak berkenaan sekitar 9 malam.



“Semasa menguruskan kapal masuk di dermaga Pelabuhan Barat serta pemeriksaan sebuah kontena kosong, lelaki itu mendapati terdapat seorang kanak-kanak lelaki warga asing berada dalam keadaan lemah dan tidak bermaya,” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata, mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dan disahkan dalam keadaan stabil.

Menurutnya, semakan ke atas mangsa mendapati tiada sebarang identiti pengenalan diri dan laporan polis dibuat untuk siasatan lanjut.

“Siasatan yang dijalankan mendapati sebuah kapal MV. Integra telah bertolak dari Chittagong pada 12 Jan dengan membawa kontena yang mengandungi muatan barangan am dan tiba di Pelabuhan Barat pada Selasa lalu,” katanya.



Cha berkata, berdasarkan keterangan daripada mangsa, kanak-kanak itu menjelaskan semasa bermain bersama kawan di Chittagong, beliau telah masuk dalam kontena dan terkunci sehingga ditemukan oleh pihak pengadu di Pelabuhan Barat.

“Tiada sebarang unsur jenayah yang berlaku di dalam kejadian ini dan polis mengklasifikasikan kes ini sebagai rujuk lain agensi (RLA) iaitu dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk menguruskan dokumen mangsa serta penghantaran pulang dengan menggunakan kapal kargo yang sama,” katanya.

Video berdurasi satu minit mengenai penemuan kanak-kanak itu turut tular malam tadi di media sosial. FMT

Kanak-kanak Bangladesh ditemukan dalam kontena di Pelabuhan Barat



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misteri Penunggu Pulau Kecil Di Tepi Jambatan Pulau Pinang



Miss Universe Cemas Diekori Pak Lebai – “Nampak Dia Calit Sesuatu Di Leher, Macam Minyak”

Pasangan kekasih dikejar 10 MPV sejauh 130km



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker