Kenyataan AMK bantah Zahid di Himpunan Madani adalah palsu – Fahmi

Kenyataan AMK bantah Zahid di Himpunan Madani adalah palsu – Fahmi

Kenyataan yang didakwa dikeluarkan oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Alor Setar, yang dikatakan membantah kehadiran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Himpunan MADANI Kedah 2023 adalah palsu, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Menerusi hantaran di Facebook rasminya hari ini beliau memberitahu bahawa kenyataan palsu itu disebarkan oleh pemilik akaun Telegram ‘Edisi Siasat’, dan beliau seterusnya mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan perkara itu.



“Sekali baca pun boleh nampak kenyataan media ini salah format, dan direka-reka pihak yang benci Kerajaan Perpaduan,” katanya yang juga Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH).

AMK pusat menerusi hantaran di Facebook hari ini turut menyiarkan poster penafian kenyataan media berkenaan.

Hantaran itu disertakan dengan kapsyen “Sila rujuk kepada akaun media sosial rasmi Angkatan Muda Keadilan Malaysia untuk sebarang maklumat terkini dan sahih”.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Himpunan MADANI Kedah 2023 yang turut disertai Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) pada Jumaat lepas. MG



Kenyataan AMK bantah Zahid di Himpunan Madani adalah palsu – Fahmi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof



Jasmine tukar agama di India?

Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker