Usul menteri gagal dapat sokongan tanda ketidakstabilan kerajaan

Usul menteri gagal dapat sokongan tanda ketidakstabilan kerajaan

Kegagalan usul Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin mendapat sokongan menunjukkan ketidakstabilan dan memberi gambaran buruk kepada kerajaan, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno Razlan Rafii.

Razlan merujuk usul penguatkuasaan subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) yang ditolak Dewan Rakyat hari ini selepas gagal mendapat undi yang mencukupi melalui undian belah bahagi.



“Kegagalan menteri dalam negeri (untuk) meluluskan subseksyen Sosma ini menunjukkan dengan jelas ia (kerajaan) sudah tidak stabil dan memberi gambaran buruk kepada kerajaan di parlimen.

“Ternyata perjanjian di antara kerajaan dan pembangkang sudah tidak boleh diguna pakai dan ia terbatal. Masa terbaik melakukan pilihan raya,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Terdahulu usul dibawa Hamzah itu gagal mendapat sokongan mencukupi di Dewan Rakyat selepas hanya 84 ahli parlimen yang menyokong manakala 86 tidak bersetuju. Seramai 50 wakil rakyat dilaporkan tidak hadir.

Ini bermakna, subseksyen berkenaan – yang membenarkan seseorang suspek ditahan sehingga 28 hari tanpa perlu dihadapkan di hadapan majistret – tidak akan lagi berkuat kuasa selepas ia luput pada 31 Julai 2022.



Sementara itu Razlan berkata amat jarang sekali kita melihat akta yang dibawa ke dalam Dewan Rakyat oleh kerajaan gagal melepasi undian.

Katanya, ada banyak cubaan serang hendap dilakukan pembangkang semasa sesi parlimen berlangsung sebelum ini, namun tetap berjaya mendapat sokongan yang mencukupi.

“Belanjawan 2020 juga kelihatan setiap kali usul mahu diluluskan, setiap kali itulah kerajaan bertungkus-lumus mendapatkan kehadiran sehingga pernah ahli parlimen memakai PPE (set pakaian pelindung diri) untuk mengundi,” katanya.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke dalam satu kenyataan menegaskan bahawa perkembangan itu tidak bermaksud Pakatan Harapan (PH) melanggar MOU dengan kerajaan.



Jelasnya, ini kerana usul berkenaan tidak mempunyai kaitan dengan MOU dan tiada rundingan mengenai perkara itu sebelum ini. Mk

Usul menteri gagal dapat sokongan tanda ketidakstabilan kerajaan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Cara Mudah Trace Semula Password

3 jahanam PAS: Surat terbuka buat Tuan Ibrahim



Segalanya Tentang Perempuan Itu, Zul Ariffin Dan Siti Hariessa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker