Polis ambil keterangan Zaid atas kenyataan berkait kes Zahid

Polis ambil keterangan Zaid atas kenyataan berkait kes Zahid

Polis sudah mengambil keterangan bekas menteri undang-undang, Zaid Ibrahim berhubung catatan media sosialnya pada 30 Ogos lalu berkaitan isu melepas tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zin, berkata Zaid disiasat mengikut Seksyen 223 Akta Hasutan.



Katanya, polis mengambil sedikit masa sebelum memanggil Zaid untuk mengambil keterangannya kerana perlu memastikan beberapa perkara terlebih dahulu.

“Kita perlu mengesahkan dahulu akaun pemilik adalah benar milik orang yang disyaki, sebab itu ia ambil masa sedikit,” katanya menurut Bernama dalam sidang media di Bukit Aman.

Awal bulan ini, Zahid diberikan pembebasan bersyarat daripada semua 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang membabitkan Yayasan Akalbudi.

Presiden Umno itu didakwa menyeleweng jutaan ringgit dana Yayasan Akalbudi dan menerima rasuah untuk pelbagai projek ketika menjadi menteri dalam negeri dari 2013 hingga 2018.



Pelbagai pihak, termasuk Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, mendakwa kerajaan campur tangan dalam kes Zahid.

Sementara itu, Zaid berkata, polis bertanya jika catatannya akan mencetuskan ketidakharmonian dan perpecahan dalam negara.

“Saya beritahu mereka, saya sayangkan tanah air saya dan menghormati pemerintahan beraja, tetapi saya akan jawab soalan khusus ini di mahkamah,” katanya kepada FMT.

Polis ambil keterangan Zaid atas kenyataan berkait kes Zahid



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia raba dada saya – Sarimah



Tuduhan PM peliwat, laporan polis di seluruh negara ke atas Radzi

Tudung Nelydia Senrose terbang?



Caprice dakwa Bapa Mondy kena ‘payung’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker