Baru balik Tuntut Hadiah RM474,000, Menang Lagi RM1.43 Juta Bila Singgah Kedai Beli Tiket Loteri

Baru balik Tuntut Hadiah RM474,000, Menang Lagi RM1.43 Juta Bila Singgah Kedai Beli Tiket Loteri

SEORANG warga emas berusia 70 tahun menang AS$300,000 (RM1.43 juta) untuk tiket loteri yang dibeli semasa dalam perjalanan pulang selepas menuntut wang AS$100,000 (RM474,400) menerusi tiket lain yang dimenanginya.

Wanita itu yang tinggal di Newark, Delaware, Amerika Syarikat menang hadiah utama AS$300,000 untuk salah satu daripada tiga tiket loteri yang dibeli ketika singgah di sebuah kedai serbaneka pada 20 Oktober.



Ketika itu dia baru pulang dari ibu pejabat Loteri Delaware untuk menuntut hadiah AS$100,000 yang mana tiket dibeli di sebuah stesen minyak pada minggu sebelumnya.

Dia bagaimanapun tidak mahu mendedahkan identiti.

“Orang pertama yang saya beritahu tentang menang AS$100,000 adalah kawan baik saya dan dia teman saya ketika menuntut hadiah.

“Ketika saya gores tiket Serious Money dan menang AS$300,000 pada hari yang sama, kami terduduk tidak percaya.



Memang gila,” wanita itu memberitahu pegawai loteri.

Tidak lama kemudian mereka berdua pergi semula ke ibu pejabat loteri untuk menuntut hadiah, menjadikan jumlah kemenangannya untuk hari yang sama sebanyak AS$400,000.

Pemangku Pengarah Loteri Delaware dalam satu kenyataan mengucapkan tahniah kepada individu bertuah ini atas kemenangan berganda yang dianggap unik.

Wanita itu berkata sejumlah besar wang kemenangan akan digunakan untuk menambah simpanan persaraannya.



Bagaimanapun, harus diingat bahawa perbuatan membeli loteri, bermain nombor ekor atau aktiviti perjudian lain adalah ditegah dan haram hukumnya dalam Islam. –TOI.

Baru balik Tuntut Hadiah RM474,000, Menang Lagi RM1.43 Juta Bila Singgah Kedai Beli Tiket Loteri

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)

“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker