Fakta PRU-15: 127 calon wanita bertanding di Parlimen, 60 di DUN

KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menyaksikan seramai 127 calon wanita akan bertanding di kerusi Parlimen, manakala 60 lagi calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perlis, Perak, Pahang dan Bugaya di Sabah.

Pakatan Harapan (PH) terdiri daripada PKR, DAP, AMANAH dan UPKO meletakkan 39 calon wanita daripada 205 calon yang bertanding, dengan satu kerusi atas tiket pakatan politiknya MUDA, di Parlimen Tanjong Karang dan satu menggunakan logo DAP iaitu di Parlimen Lanang, Sarawak.

Barisan Nasional (BN) terdiri daripada UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) mempertaruhkan 22 calon wanita daripada jumlah keseluruhan 178 calon.



Perikatan Nasional (PN) gabungan BERSATU, PAS dan GERAKAN mempertaruhkan 16 calon wanita daripada 149 calon bertanding dengan dua daripada calonnya di Parlimen Tumpat dan Rantau Panjang menggunakan logo PAS.

Gerakan Tanah Air (GTA) terdiri daripada Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) turut meletakkan 16 calon wanita daripada 116 calon yang bertanding dengan semuanya menggunakan logo PEJUANG.

Sepuluh wanita akan bertanding atas tiket Bebas, enam bagi Parti WARISAN dan selebihnya adalah calon daripada parti lain-lain.

Peggy Chaw Zhi Ting, 23, adalah calon Bebas wanita paling muda bagi Parlimen Tenom, manakala Datuk Liew Chin Jin, 70, atau lebih dikenali sebagai Datuk Christina Liew (PH-PKR) pula calon wanita paling veteran bagi kerusi Parlimen Tawau.



Calon wanita terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kelayakan akademik dengan ada antara mereka bekerjaya sebagai peguam, doktor dan memegang jawatan utama dalam parti yang diwakili.

Antaranya termasuklah kemunculan Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz, tokoh profesional Orang Kurang Upaya (OKU) yang mewarnai pentas PRU15, sekali gus membuktikan politik Malaysia semakin matang dan terbuka.

Beliau yang menghidap penyakit spina bifida sejak lahir akan bertanding di kerusi Parlimen Putrajaya di bawah tiket PH-PKR menentang lima lagi calon termasuk penyandangnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor daripada BN.

Selain itu, bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak dan akan berdepan dua pencabar daripada BN dan PN.



Penyandang kerusi Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said dan penyandang Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamarudin, kedua-duanya bertanding atas tiket BN dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) bagi mempertahankan kawasan masing-masing.

Bagi pertandingan kerusi DUN, calon wanita paling muda ialah Hooi Mi Suet, 29, daripada WARISAN yang bertanding di kerusi Simpang Pulai manakala calon paling tua berusia 66 tahun iaitu Ng Wah Leng daripada BN-MCA bagi kerusi Keranji, kedua-duanya di Perak.

DUN Bugaya menyaksikan penyertaan calon wanita tunggal iaitu Nazmahwati Walli, 43, daripada PBM.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)



“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)

Anak belasah ibu kerana tak kemas rumah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker