Bekas pemimpin MIC pilihan ketuai parti bangsa India PN

Senator C Sivaraj dilaporkan menemui Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin selepas disingkir daripada Jawatankuasa Kerja Pusat MIC bulan lalu.

Bekas pemimpin MIC pilihan ketuai parti bangsa India PN

Perikatan Nasional (PN) dalam proses membentuk sebuah jawatankuasa dianggotai orang India sepenuhnya yang diketuai bekas pemimpin MIC, sebagai langkah menubuhkan parti baharu berbangsa India dalam gabungan pembangkang itu pada masa depan, kata seorang pemimpin Bersatu.

Pemimpin yang enggan dinamakan itu berkata, perbincangan sedang diadakan dengan bekas pemimpin MIC.



“Mereka akan bermula dengan jawatankuasa itu, yang berkemungkinan dibentuk sebelum PRN. Sasarannya adalah membentuk sebuah parti komponen dalam PN,” kata sumber itu yang juga pemimpin bahagian.

Seorang lagi pemimpin mendakwa ramai ahli MIC tidak berpuas hati dengan cara parti itu diuruskan.

“Saya dimaklumkan beberapa ahli MIC bahawa mereka tidak bersetuju dengan kepimpinan parti. Jadi, dalam tempoh beberapa bulan akan datang, kita akan lihat lebih ramai ahli MIC keluar parti untuk menyertai jawatankuasa PN,” katanya.

Sumber itu berkata, seorang pemimpin berprofil tinggi yang meninggalkan MIC baru-baru ini dijangka mengetuai jawatankuasa berkenaan.



“Kami mengalu-alukan mereka kerana ia akan membantu kami meraih sokongan pengundi India.”

Semalam, Malaysiakini melaporkan Senator C Sivaraj mengakui mengadakan dua pertemuan bersama Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin selepas disingkir daripada Jawatankuasa Kerja Pusat MIC bulan lalu.

Sivaraj, yang kemudian meletak jawatan daripada parti itu berkata, beliau belum memutuskan langkah politik seterusnya.

Selepas Sivaraj, Ketua Pemuda MIC Selangor yang juga Ketua Pemuda MIC Batang Berjuntai, P Punithan menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Presidennya, SA Vigneswaran minggu lalu atas “sebab peribadi”.



Bagaimanapun, beliau menegaskan tidak berputus asa dengan politik dan peletakan jawatan daripada MIC bukan penamat kerjaya politiknya. FMT

Bekas pemimpin MIC pilihan ketuai parti bangsa India PN

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Jangan ingat kau ‘power’ sangat – Adlin Aman Ramli

Abby gaduh dengan Norman? (Video)



Tan Sri kenapa terasa – Aliff Syukri

Konvoi ‘supercar’ tular halang lalu lintas disaman polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker