Pramugari bertemu jodoh dengan penumpangnya

JAKARTA – Seorang pramugari jelita tidak menyangka bahawa jodohnya adalah seorang lelaki yang merupakan penumpang kepada pesawatnya, lapor laman berita Merdeka.com semalam.

Menurut video yang dimuat naik di akaun TikTok @putri.antris, pramugari itu berkongsi kiesah cintanya dengan suami yang ditemuinya tiga tahun lalu ketika sedang bertugas.

“Dia merupakan penumpang saya tiga tahun lalu dalam penerbangan dari Banjarmasin ke Surabaya dan ketika itu, saya baru sahaja menjadi pramugari bagi penerbangan itu,” kata Putri.

Wanita itu juga mendedahkan bahawa ketika itu, suaminya itu meminta nombor telefonnya sebanyak beberapa kali sebelum akhirnya memberikan Putri kad namanya.

Namun, memandangkan penerbangan Putri yang seterusnya adalah ke Jakarta, kad nama itu tertinggal di sebuah laci dan Putri hanya menyedarinya ketika sudah tiba di Jakarta.

Akuinya, dia berasa biasa sahaja kerana baru dikecewakan oleh seorang lelaki, dan enggan berpacaran serta hanya mahu fokus kepada kerjaya.

“Namun, dua bulan selepas kejadian itu, saya menerima mesej daripada suami menerusi akaun Instagram saya dan daripada situ, kami mula berhubungan sehinggalah dia akhirnya menjadi imam saya,” kata Putri.

Video tersebut ternyata menarik perhatian netizen yang kemudiannya berkongsi pelbagai komen.

“Memang benar ya jodoh itu tidak ke mana, walaupun tidak dicari tetapi jika jodoh itu memang untuk kita, ia akan tetap untuk kita,” kata seorang netizen.

“MasyaAllah terharu baca kisah kalian, semoga menjadi keluarga sakinah mawaddah warahmah, aminnn, ” kata seorang lagi netizen.

“Apabila dua insan dijodohkan oleh Allah, walaupun di belahan Bumi sebelah mana pun akan disatukan,” kata seorang netizen lain. – AGENSI

Pramugari bertemu jodoh dengan penumpangnya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saintis ramal Bumi tidak stabil kerana bulan semakin jauh

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker