Facebook, YouTube kurangkan sekatan ucapan benci

Sebaran :

Facebook, YouTube kurangkan sekatan ucapan benci

BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) melaporkan sekatan terhadap perkongsian ucapan kebencian di pentas Facebook dan YouTube berkurangan tahun ini berbanding tahun lalu.

Laporan tahunan EU berhubung pentas media sosial berhubung perkara itu termasuk di Twitter, Instagram dan TikTok, mendapati jumlah sekatan yang dikenakan berkurangan sehingga bawah paras dua pertiga.

Pentas terbabit didapati membuang anggaran 62.5 peratus kandungan dilaporkan oleh 35 kumpulan anti diskriminasi dari 22 negara anggota sepanjang tempoh Mac dan April lalu.

Jumlah itu berkurangan berbanding 71 peratus dalam tempoh yang sama pada 2019 dan 2020.

Kod etika terbabit, yang turut disertai LinkedIn pada Jun lalu, adalah berdasarkan pendekatan sukarela.

Namun, EU buat masa ini sedang menyediakan peraturan yang lebih meluas dikenali sebagai Akta Perkhidmatan Digital yang bakal memberi blok terbabit lebih kuasa undang-undang.

Jika diluluskan, syarikat media sosial bakal berdepan hukuman denda kerana tidak bertanggungjawab terhadap isi kandungan tidak sah termasuk ucapan kebencian serta tahap ketelusan mengenai bagaimana perkongsian dipaparkan di laman pengguna.

Undang-undang terbabit kini masih pada peringkat perbincangan dalam kalangan Ahli Parlimen Eropah dari 27 negara anggota.

Naib Presiden Suruhanjaya Eropah, Vera Jourova, berkata rancangan untuk menguatkuasakan undang-undang terbabit dibuat susulan pendedahan pemberi maklumat Facebook, Frances Haugen.

“Kami perlu menyediakan undang-undang untuk menjadikan pentas ini lebih bertanggungjawab, bukan sekadar bergantung kepada skim sukarela saja,” katanya.

Laporan tahunan EU itu menunjukkan jumlah perkongsian membabitkan ucapan kebencian yang dibuang dari pentas Facebook dan YouTube sosial berkurangan manakala Twitter dan Instagram pula mencatatkan peningkatan.

TikTok pula, yang dinilai buat pertama kali, didapati membuat 80 peratus kandungan membabitkan ucapan kebencian daripada pentas itu. BH

Facebook, YouTube kurangkan sekatan ucapan benci


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Penang White Curry Noodles dipilih mee segera terbaik di Amerika


Sebaran :

Leave a Reply