PRU-15: Mahathir calon tertua dalam politik sejarah negara

PUTRAJAYA: Calon Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) di Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berusia 96 tahun menjadi calon tertua bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh, berkata bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Fuaddin Kamaruddin, 70, yang mewakili PEJUANG menjadi calon tertua bertanding iaitu di DUN Kubu Gajah.

“Bagi Pilihan Raya Kecil DUN Bugaya, Sabah, calon paling tua adalah Karil Pg Kurani berusia 76 tahun, bertanding mewakili Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS).



“Calon Bebas di kerusi Parlimen Tenom, Peggy Chaw Zhi Ting berusia 23 tahun menjadi calon termuda.

“Di kerusi DUN pula, calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Syahmi Suhaimi berusia 23 tahun bertanding di DUN Tambun Tulang, manakala DUN Bugaya iaitu calon Bebas, Jufazli Shi Ahmad, 33,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, selepas tamatnya tempoh penamaan calon pada jam 10 pagi tadi, sebanyak 1,392 kertas penamaan sudah dikemukakan oleh pelbagai parti dan individu yang akan bertanding dalam PRU15 dan PRK DUN Bugaya, Sabah.

“Ia membabitkan 949 di Parlimen, 436 di DUN dan tujuh di DUN Bugaya,” katanya.



Selain itu, Abdul Ghani berkata bagi bilangan penjuru menyaksikan pertandingan dua penjuru di sembilan Parlimen dan satu DUN.

“Tiga penjuru (54 Parlimen, 51 DUN); empat penjuru (82 Parlimen, 47 DUN); lima penjuru (43 Parlimen, 12 DUN); enam penjuru (24 Parlimen, empat DUN); tujuh penjuru (lima Parlimen, satu DUN); lapan penjuru (tiga Parlimen); sembilan penjuru (satu Parlimen) dan 10 penjuru (satu Parlimen).

“DUN Bugaya menyaksikan pertandingan tujuh penjuru,” katanya.

Beliau berkata, mengikut jantina pula seramai 818 calon lelaki dan 127 calon wanita bertanding di Parlimen, DUN (375 lelaki, 59 wanita), manakala di DUN Bugaya (enam lelaki dan satu wanita).



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)

“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)



Anak belasah ibu kerana tak kemas rumah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker