PAS takkan mampu bergerak sendiri, perlu bergantung pada PN untuk jadi kerajaan

Muhyiddin Yassin berpendapat PAS tidak akan mampu mencipta kemenangan besar andai parti itu bergerak sendirian seperti sekarang.

Menganggap pencapaian PAS sebagai “sudah tepu” pengerusi PN itu menjelaskan hanya bergerak bersama parti lain mereka mampu membentuk cabaran yang bermakna.

Dengan cara itu jugalah, kata bekas perdana menteri berkenaan, PAS boleh mengumpul undi yang “luar biasa.”



“PAS, Bersatu dan Gerakan melihat ini (kerjasama dan gabungan dalam PN) sebagai satu kekuatan. Mereka (PAS) tak boleh bersendirian… boleh tetapi kesannya tak sebegini (menang besar).

“Contohnya dalam PRU lepas majoriti mereka (PAS) biasa 10,000 ke 15,000 undi tetapi (presiden PAS) Hadi (Awang) contohnya sampai 40,000 undi.

“Dia (PAS) dah sampai tahap tepu tetapi dengan gabungan PN penerimaan rakyat begitu besar sekali sehingga catat majoriti luar biasa,” katanya yang dipetik portal FMT hari ini.

Muhyiddin yang juga ahli parlimen Pagoh itu juga yakin PAS tidak akan meninggalkan PN di sebalik kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bahawa dia mempelawa parti berkenaan menyertai kerajaan perpaduan.



“Setahu saya tak berganjak sebab PAS pun bijaksana kerana tahu tiada parti politik boleh berjuang sendirian, solo dan (boleh) bentuk kerajaan.

“Bersatu sendiri tak mampu bentuk kerajaan (kalau bersendirian), PAS pun tak mampu walaupun menang besar sikit… malah mereka lebih lama daripada kita,” katanya.

Muhyiddin yang juga presiden Bersatu berpendapat, kerjasama yang cuba dibentuk antara PH dan PAS tidak akan berjaya kerana kedua-dua pihak tidak sehaluan dari segi ideologi dan pegangan agama yang berbeza.

Sebelum ini Anwar berkata dia pernah memberikan tawaran kepada PAS untuk menyertai kerajaan yang dibentuk hasil kerjasama pelbagai parti ekoran kegagalan mana-mana pihak mendapat majoriti mudah di Dewan Rakyat.



Walaupun PAS menolak tawaran itu ketika itu, Anwar berkata, dia tidak akan menghalang kerjasama itu cuba diusahakan lagi pada masa hadapan.

Pada PRU ke-15 lalu PAS memenangi 43 kerusi parlimen dengan hampir keseluruhannya adalah kerusi majoriti Melayu.

Parti itu – dengan kerjasama PN – juga menawan Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Perkembangan itu disifatkan sebagai ‘gelombang hijau’ oleh penganalisis politik tanah air.

 



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rampas Anna daripada Meerqeen, ini jawab Amir Ahnaf



Imam Turkiye ditangkap di Mekah sebab sebut tentang Gaza & Palestin

Jalan ‘glow in the dark’ pertama di Malaysia



A letter to Sarawakian Christian Zionists: The evangelicals will not save us

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker